KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 1,000 kes pada Khamis.

Bagaimanapun, semalam jumlah kes naik sedikit kepada 571 kes, berbanding 433 kes yang dilaporkan hari sebelumnya.

Portal KKMNOW turut memaklumkan tujuh kematian dilapor berkaitan dengan COVID-19.

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Khamis turun sedikit kepada 11,564 kes.

Daripada jumlah itu, 10,945 kes atau 94.6 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 581 pesakit mendapat rawatan di hospital.

38 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 18 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 696 kes sembuh.