KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 95 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Angka korban terbaharu semalam itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 33,994 orang, daripada 3.84 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 23 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, terdapat 304,147 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 293,435 individu atau 96.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 2,123 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 8,213 kes dirawat di hospital dan 376 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 154 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 222 lagi memerlukan mesin ventilator.