KUALA LUMPUR: Seramai 22,811,773 individu atau 97.4 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, seramai 23,118,828 individu atau 98.7 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 86.9 peratus atau 2,734,262 telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,832,995 atau 90 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sementara itu, sebanyak 71,650 vaksin diberikan semalam melibatkan 1,230 dos pertama, 1,932 dos lengkap dan 68,488 dos penggalak.

Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 55,803,470 dos, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini 4,500,495.

-- BERNAMA