KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memperketatkan penguatkuasaan termasuk tidak membenarkan ahli politik untuk merentas negeri demi membendung penularan COVID-19, tegas Pakar Kesihatan Awam (Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan), Prof. Datuk Dr Syed Mohamad Aljunid Syed Junid.
Menurut beliau, setiap pergerakan seorang ahli politik bersama rombongan pegawainya berpotensi kepada penyebaran wabak berkenaan.
Gesaan itu dibuat beliau ekoran seakan terdapat pengecualian diberikan kepada segelintir golongan khususnya ahli politik yang dikesan oleh rakyat seakan bebas bergerak ke mana sahaja.
Katanya, ‘kebebasan’ dan pengecualian yang diperoleh golongan berkenaan dilihat berlaku ketika kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 dan 3.0 selain tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Ini satu perkara pokok kita dapati apa yang berlaku pada PKP 2.0 dan 3.0… ada banyak pengecualian dibenarkan misalnya dibenarkan rentas negeri (kepada) golongan tertentu khususnya ahli politik, Ahli Parlimen dibenarkan bergerak.
"Apabila mereka bergerak, mereka bawa satu pasukan, ini jelas kita lihat kumpulan (yang) terlibat tidak mematuhi SOP.
"Kenapa diberikan pengecualian begitu? Saya pun hairan… (tindakan itu) menyebabkan kelemahan PKP, nampak kita tidak jalankan satu tindakan saksama, jadi timbul golongan kayangan dan sebagainya," katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI.
Tegas Dr Syed Mohamad Aljunid, penguatkuasaan lebih efektif dan ketat serta adil akan membuahkan hasil khususnya apabila pergerakan rentas negeri dikurangkan.
Mengulas lanjut mengenai keperluan saringan besar-besaran dijalankan di seluruh negara sepertimana seruan rakyat ketika ini, beliau berkata, usaha itu memerlukan tenaga kerja yang banyak.
Dalam masa sama, katanya, sudah tiba masanya kerjasama secara lebih komprehensif dijalin di antara kerajaan negeri dan Pusat dalam membendung penularan COVID-19.
Jelas beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga tidak mempunyai keupayaan untuk memenuhi keperluan sekiranya saringan secara besar-besaran itu dilakukan.
Bagaimanapun saringan besar-besaran serta kerjasama diantara kerajaan negeri dan pusat itu, jelasnya memerlukan ‘political will’ agar kemenangan menentang COVID-19 berpihak kepada negara.
“KKM harus bekerjasama dan dapatkan bantuan daripada sektor lain terutama kerajaan negeri untuk memobilisasikan penduduk tempatan dan kakitangan di dalam kerajaan negeri bantu dalam proses ujian ini," katanya lagi.
Dr Syed Mohamad Aljunid juga menarik perhatian bagaimana kerajaan Indonesia menggembeleng semua kementerian dalam mengawal COVID-19 yang memperlihatkan keberkesanan apabila kes baharu berjaya dikurangkan.
Katanya, konsep sentralisasi yang diambil oleh Indonesia perlu dijadikan contoh di negara ini terutamanya dalam melibatkan kementerian dan agensi kerajaan lain dalam membantu KKM.
"Apa yang perlu kita lakukan, kita perluaskan usaha mengawal COVID-19… bukan tumpu pada satu kementerian sahaja khususnya KKM dengan staf tidak cukup.
"Begitu juga negara China, mempunyai pemerintahan berpusat tetapi aktiviti kesihatannya diberikan kepada wilayah (untuk) melakukan aktiviti tersebut, dengan cara itu kita boleh melakukan mobilisasi daripada sumber-sumber manusia ada di daerah membantu staf KKM melakukan aktivitinya," tegasnya lagi.
Jika konsep itu dapat diperkasakan, beliau optimis, lebih banyak kejayaan menentang COVID-19 dapat dicapai di negara ini.
Fareez Azman
Sat May 22 2021
Kerajaan perlu memperketatkan penguatkuasaan lebih efektif termasuk tidak membenarkan ahli politik untuk merentas negeri demi mengurangkan penularan COVID-19, cadang Pakar Kesihatan Awam. - Gambar hiasan
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.
Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000
Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.