UNITED KINGDOM: Selepas beberapa kali tertunda, syarikat farmaseutikal AstraZeneca Plc akhirnya berjaya menghantar 50 juta dos vaksin keluarannya ke negara-negara Eropah. 

Pesanan itu sepatutnya dihantar pada Januari lalu. 

Jumlah penghantaran vaksin ini bagaimanapun hanya satu per enam daripada komitmen keseluruhan AstraZeneca. 

Penghantaran dibuat ketika Suruhanjaya Eropah sedia meneruskan kes perundangan kedua ke atas AstraZeneca susulan kelewatan itu. 

Kes terbaharu ini akan membolehkan Kesatuan Eropah (EU) menuntut ganti rugi daripada syarikat itu. 

Mac lalu, AstraZeneca berikrar untuk memenuhi 50 juta dos vaksin yang dipesan EU.

Namun sehingga hujung April, ia hanya berjaya menghantar 47.6 juta dos. 

Di bawah kontrak dengan EU, AstraZeneca perlu hantar 300 juta dos vaksin menjelang Jun. 

Sasaran itu bagaimanapun gagal dipenuhi susulan masalah pengeluaran dan larangan eksport yang dikenakan. 

Vaksin AstraZeneca diluluskan untuk penggunaan pada Januari.