awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Pergolakan politik Thailand: Apa yang bakal berlaku seterusnya?
MALAYSIA
Lima termasuk Datuk didakwa terima deposit tanpa lesen
SUKAN
Tokoh korporat bakal terajui TFC musim ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kerajaan kekal offset lebihan tenaga solar bumbung 96,000 pengguna

Bernama
Bernama
01/07/2025
09:46 MYT
Kerajaan kekal offset lebihan tenaga solar bumbung 96,000 pengguna
Menurut PETRA, pengekalan mekanisme itu selaras dengan pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang lebih telus dan progresif berkuat kuasa hari ini. - Gambar hiasan/Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan mengekalkan mekanisme offset lebihan tenaga bagi lebih 96,000 pengguna sedia ada di bawah dua program solar bumbung utama iaitu Malaysia Building Integrated Photovoltaic (MBIPV) dan program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM).

Ringkasan AI
  • Kerajaan mengekalkan mekanisme offset untuk lebih 96,000 pengguna sedia ada di bawah program MBIPV dan NEM, dengan tempoh kredit tenaga berbeza mengikut kategori dan versi program contohnya, NEM 1.0 sehingga 2035 dan NEM 2.0/3.0 selama 10 tahun dari tarikh pemasangan.
  • Penyesuaian ini selaras dengan jadual tarif elektrik baharu, dan bertujuan memastikan kesaksamaan serta keadilan dalam pemberian insentif tenaga kepada pengguna yang layak, termasuk pelarasan kadar dan pengiraan insentif.
  • Pengguna yang tamat tempoh offset boleh beralih kepada program baharu seperti SelCo atau CREAM, dengan Program SelCo menggantikan NEM selepas 30 Jun 2025 dan menawarkan konfigurasi pemasangan yang lebih fleksibel.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memaklumkan lebih 82,000 sistem solar PV beroperasi dengan kapasiti 1.7 gigawatt (GW) telah beroperasi manakala 14,000 lagi dengan kapasiti 595 megawatt (MW) sedang dibangunkan.
Menurut PETRA, pengekalan mekanisme itu selaras dengan pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang lebih telus dan progresif berkuat kuasa hari ini.
Menerusi penyesuaian itu, pengguna MBIPV dan NEM akan terus menerima kredit tenaga berdasarkan ketetapan baharu mengikut kategori pengguna dan tempoh offset yang berbeza.
PETRA memaklumkan pengguna MBIPV menerima kredit tenaga, rangkaian dan kapasiti selama lima tahun hingga 31 Dis 2030, manakala pengguna NEM 1.0 akan menikmati offset displaced cost selama 10 tahun hingga 31 Dis 2035.
Pengguna NEM 2.0 dan NEM 3.0 pula akan menerima kredit tenaga, rangkaian dan kapasiti selama 10 tahun dari tarikh pemasangan sistem solar PV.
Menurut PETRA, kadar dan pengiraan insentif berkenaan akan diselaraskan sewajarnya bagi memastikan ia lebih adil kepada semua pengguna elektrik sekali gus menjamin kesaksamaan dalam pemberian insentif kepada pengguna MBIPV dan NEM yang layak menerima insentif cekap tenaga atau apa-apa insentif berkaitan.
"Selain itu, bagi memastikan keseragaman pelaksanaan mekanisme offset untuk kesemua program solar bumbung yang sedang dilaksanakan di bawah PETRA, tempoh penyelesaian bagi semua program solar bumbung ditetapkan selama 12 bulan berbanding ketetapan tempoh berbeza-beza sebelum ini mengikut program disertai," menurut kenyataan itu.
PETRA memaklumkan bagi pengguna sedia ada yang telah tamat tempoh bagi mekanisme offset lebihan tenaga diberikan pilihan untuk beralih kepada mana-mana program solar bumbung seperti Program Solar for Self-consumption (SelCo), Program Community Renewable Energy Aggregation Mechanism (CREAM), memasang sistem penstoran tenaga atau menyertai mana-mana program yang diperkenalkan kerajaan pada masa tersebut.
"Dengan berakhirnya Program NEM pada 30 Jun lepas, pelaksanaan pemasangan sistem solar di bumbung bangunan akan diteruskan dengan Program SelCo dengan penambahbaikan pelaksanaannya dari segi pemansuhan had kapasiti pemasangan dan konfigurasi pemasangan telah diumumkan sebelum ini," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mekanisme offset lebihan tenaga
#program solar bumbung
#MBIPV
#Pemeteran Tenaga Bersih
#Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami