KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen dan ADUN harus membangunkan data berpusat sendiri untuk masyarakat yang terkesan dengan pandemik di kawasan masing-masing.
Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, data berpusat itu perlu merangkumi beberapa kategori seperti penduduk di kawasan berkaitan.
Jelasnya, ia perlu meliputi maklumat mereka yang kehilangan pekerjaan serta sumber pendapatan, kehilangan keupayaan anggota badan, anak-anak bawah umur yang kehilangan ibu bapa serta masalah berhubung kesan psikologi akibat pandemik COVID-19.
"Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diminta lebih peka kepada kesan pandemik COVID-19 kepada masyarakat setempat di kawasan masing-masing.
"Kesan pandemik perlu dikaji oleh mereka bagi memastikan langkah susulan dan penambahbaikan dapat diambil dengan berkesan dan menyeluruh.
"Data berpusat di setiap kawasan Parlimen dan ADUN amat penting agar setiap wakil rakyat dapat merangka pelan strategi bagi membentuk sistem sokongan di kawasan masing-masing mengikut permasalahan penduduk setempat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sebagai contoh Noor Nirwandy menjelaskan, anak-anak yang kehilangan ibu bapa perlu dipastikan mendapat sokongan dalam bentuk pembelajaran jangka masa panjang yang boleh diusahakan bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
"Ia termasuk bantuan kaunseling secara berkala dalam jangka masa panjang daripada wakil Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara di setiap negeri.
"Dengan cara ini, anak-anak di bawah umur tersebut dapat mengembalikan semangat serta dibantu untuk cemerlang dalam pelajaran mereka dengan bantuan penjaga masing-masing walaupun kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa secara mengejut.
"Ia akan membolehkan mereka kembali pulih dari kesan trauma dan mampu untuk berdikari pada masa hadapan," ujarnya.
Di samping itu jelasnya, jawatankuasa khas boleh dibentuk dengan gabungan ahli akademik, tokoh tempatan, badan bukan kerajaan (NGO) setempat serta organisasi perniagaan bagi mendapatkan maklumat suara rakyat bagi mengatasi kesan pandemik di kawasan terbabit.
"Langkah-langkah proaktif seperti ini diharapkan oleh rakyat agar Ahli Parlimen dan ADUN turun padang serta memberi fokus kepada kesan pandemik secara menyeluruh tanpa mengira perbezaan antara parti kerajaan atau pembangkang secara konsisten.
"Penduduk di kawasan masing-masing perlu diutamakan bagi meningkatkan kredibiliti ahli politik yang dilihat semakin hilang fokus dalam keadaan politik negara yang terus bercelaru," katanya.
Astro Awani
Sat Aug 07 2021
Noor Nirwandy berkata, data berpusat dapat merangka pelan strategi bagi membentuk sistem sokongan di kawasan masing-masing. - Astro AWANI
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.