PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan beberapa cawangan dan pejabat LHDN di Terengganu ditutup sementara mulai esok hingga 16 Mac bagi kerja sanitasi.

LHDN dalam kenyataan menyatakan ia melibatkan cawangan Pejabat Pengarah Negeri Terengganu dan Kelantan, Kuala Terengganu; Cawangan Siasatan Kuala Terengganu; Pusat Khidmat Hasil (PKH) Kemaman dan PKH Dungun.

Cawangan alternatif lain bagi kelima-lima cawangan yang ditutup itu ialah PKH Hulu Terengganu dan PKH Besut, menurut kenyataan itu.

Senarai pejabat dan cawangan LHDN yang ditutup sementara boleh dicapai melalui pautan http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Notis_Penutupan_Cawangan_LHDNM_Covid_19_1.pdf.

Pelanggan yang hadir ke kaunter perkhidmatan LHDN dinasihatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19.

Bagi pertanyaan lanjut, boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara); HASiL Live Chat; dan melalui borang maklum balas di portal rasmi LHDN https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

-- BERNAMA