awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK, Perancis sedia hantar tentera ke Ukraine jika rundingan damai tercapai
Ole Gunnar Solskjaer semakin hampir kembali ke Manchester United
"Tak datang Turkiye, putus kawan" - PM Anwar kongsi gurauan Presiden Erdogan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Dua kes sub-varian XBB dikesan di Sarawak

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
04/11/2022
12:04 MYT
COVID-19: Dua kes sub-varian XBB dikesan di Sarawak
KUCHING: Dua kes sub-varian Omicron XBB dikesan di Sarawak melalui hasil penjujukan oleh Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM), UNIMAS pada Khamis.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kedua-dua kes adalah pengembara yang diambil sampel pada Oktober lalu.
Malah tegas Uggah, laporan Pengarah IHCM, Prof. Dr David Perera mendapati kemungkinan virus XBB telah merebak di negeri itu sejak awal Oktober.
"Seorang pengembara merupakan pemilik pasport Amerika Syarikat dimasukkan ke pusat perubatan tempatan, manakala seorang lagi pulang dari mengerjakan umrah,” katanya melalui satu kenyataan.
Tambahnya, Pengarah IHCM Prof Dr David Perera memaklumkan kes-kes tersebut dikesan daripada sampel kes positif yang dikumpul awal bulan lalu.
Sehubungan itu, IHCM sedang melakukan satu lagi penjujukan kumpulan sampel yang dikumpul pada bulan yang sama dan berkemungkinan akan mengesan lebih banyak kes.
Topic Berkaitan
#Sub varian XBB
#virus COVID-19
#Dr David Perera
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan