awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
Tentera Israel dakwa bunuh anggota pasukan Quds Iran di Lubnan
Pelarasan tarif asas kemudahan gas RP3 tidak jadikan harga gas keseluruhan lebih tinggi - FMM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Dua kluster baharu dikesan, dua lagi disahkan tamat

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
08/11/2020
11:18 MYT
COVID-19: Dua kluster baharu dikesan, dua lagi disahkan tamat
Dr Noor Hisham juga memaklumkan dua kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Putra di Sarawak dan Kluster Kuarters di Sabah. -Bernama
KUALA LUMPUR:Sebanyak dua lagi kluster baharu COVID-19 dilaporkan pada Ahad melibatkan empat negeri iaitu Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan media pada Ahad, berkata dua kluster itu dinamakan Kluster Ikhtisas dan Kluster Berendam.
"Kluster Ikhtisas melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor; Jeli, Kelantan dan Seremban, Negeri Sembilan.
"Setakat Ahad, seramai 362 individu telah disaring, dengan 22 kes dikesan positif COVID-19 dengan pertambahan lapan kes baharu.
BACA: COVID-19: 852 kes baharu dan 4 kematian, ini tumpuan kenyataan KKM hari ini
BACA: COVID-19: Kes positif kembali kepada tiga digit selepas lima hari
"Bagi Kluster Berendam, ia melibatkan daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah di Melaka.
"Seramai 1,861 individu telah disaring, yang mana lapan kes dikesan positif COVID-19 termasuk tiga kes baharu," jelas kementerian itu.
Pada masa sama, Dr Noor Hisham juga memaklumkan dua kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Putra di Sarawak dan Kluster Kuarters di Sabah.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Kinabatangan
#Bintulu
#Alor Gajah
#Negeri Sembilan
#Seremban
#Klang
#Kluster baharu
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan