awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif kembali kepada tiga digit selepas lima hari

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
08/11/2020
10:36 MYT
COVID-19: Kes positif kembali kepada tiga digit selepas lima hari
Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 11,689 kes. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR:Kes positif COVID-19 dalam negara kembali kepada tiga digit selepas lima hari mencatatkan angka melebihi 1,000.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini, sebanyak 852 lagi kes baharu dilaporkan.
Ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia kini adalah sebanyak 40,209 kes.
"Daripada jumlah itu, terdapat 13 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan lapan warganegara dan lima bukan warganegara.
"Sabah kekal mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 524 kes (61.5 peratus) daripada keseluruhan kes positif.
"Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 161 kes dan Labuan mencatatkan sebanyak 24 kes positif (2.8 peratus)," jelas Dr Noor Hisham.
Sebagai rekod, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 11,689 kes.
Juga dilaporkan terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan COVID-19.
Untuk itu, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 286 kes atau 0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
BACA: COVID-19: 852 kes baharu dan 4 kematian, ini tumpuan kenyataan KKM hari ini
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#kes positif
#kes tiga digit
#kes baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan