KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 825 lagi kes disahkan pulih dalam tempoh 24 jam lalu dan ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 28,234 kes (70.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Berikut lima tumpuan utama pada sidang media KKM pada hari ini:

1) Sebanyak 852 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 40,209 kes.

2) Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,689 kes.

3) Empat lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 286 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

4) Dua kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Putra di Bintulu, Sarawak dan Kluster Kuarters, melibatkan daerah Tongod, Telupid dan Kinabatangan di negeri Sabah.

5) Dua lagi kluster baharu dilaporkan iaitu Kluster Ikhtisas di Selangor dan Kluster Berendam di Melaka.