awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedah sasar lebih tujuh juta pelancong sempena TMM2026
VM2026: Malaysia perlu beralih daripada kuantiti kepada kualiti pelancong - MiTDA
Trump arah pengunduran Pengawal Negara dari Chicago, Los Angeles, Portland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Dua lagi kluster baharu dikesan di Selangor, Melaka

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
19/10/2020
10:30 MYT
COVID-19: Dua lagi kluster baharu dikesan di Selangor, Melaka
Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster di Selangor itu dikenali sebagai Kluster Hentian yang melibatkan daerah Hulu Langat. - Gambar fail
PUTRAJAYA:Dua lagi kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini melibatkan Selangor dan Melaka, hasil saringan individu bergejala.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster di Selangor itu dikenali sebagai Kluster Hentian yang melibatkan daerah Hulu Langat.
Sementara Kluster Bukit pula katanya dikesan di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin di Melaka.
Perincian lanjut mengenai kluster-kluster tersebut adalah seperti di bawah:
Kluster Hentian
  • Kes indeks bagi kluster ini adalah kes ke-18,664 dikenal pasti positif, hasil daripada saringan individu bergejala pada 15 Oktober lalu.
  • Dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
  • Saringan kontak rapat telah mengenal pasti enam lagi kes positif COVID-19.
  • Sehingga 19 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 127 individu telah disaring termasuk tujuh daripadanya dikesan positif manakala 120 individu masih menunggu keputusan.
Kluster Bukit
  • Kes indeks bagi kluster ini adalah kes ke-17,531 dikenal pasti positif, hasil daripada saringan individu bergejala pada 13 Oktober lalu.
  • Dimasukkan ke Hospital Melaka.
  • Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 14 lagi kes positif COVID-19.
  • Sehingga 19 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 89 individu telah disaring termasuk 15 kes dikesan positif sementara satu kes lagi masih menunggu keputusan.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#kesihatan
#Kluster baharu
#Kluster Hentian
#Kluster Bukit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan