awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia perlu sampai mesej jelas perangi sindiket dadah - Lee
Johor catat hasil RM2.67 bilion bagi 2025 - MB
Tempoh perkhidmatan Mufti Perak berakhir semalam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah sasar lebih tujuh juta pelancong sempena TMM2026

Bernama
Bernama
01/01/2026
12:30 MYT
Kedah sasar lebih tujuh juta pelancong sempena TMM2026
Dzowahir menyantuni sebahagian para penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim sempena VM2026 hari ini. - Gambar Bernama
ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah menyasarkan kehadiran lebih tujuh juta pelancong untuk meneroka keindahan alam semula jadi, kekayaan budaya dan keunikan ditawarkan di negeri itu bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Ringkasan AI
  • Kerajaan Negeri Kedah sasarkan lebih tujuh juta pelancong untuk Tahun Melawat Malaysia 2026, menawarkan keindahan alam semula jadi dan kekayaan budaya.
  • Kedah menarik pelancong dengan pelbagai destinasi menarik di Langkawi dan tanah besar, melampaui sasaran pelancongan tahun lepas.
  • Kedah popular dengan konsep slow tourism di kawasan kampung, menawarkan suasana santai dan tenang kepada pelancong, menjadikan negeri itu destinasi menarik untuk TMM2026.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan negeri Dzowahir Ab Ghani berkata kerajaan negeri telah menyediakan pelbagai lokasi pelancongan menarik kepada pelancong sama ada di Langkawi mahupun di tanah besar.
"Tahun lepas, sebanyak tujuh juta pelancong datang ke Kedah dan jumlah itu melebihi sasaran ditetapkan. Ini menunjukkan Kedah mempunyai daya tarikan kepada pelancong.
"Walaupun Langkawi merupakan tarikan utama di Kedah, banyak lagi destinasi pelancongan menarik di tanah besar. Jadi, kita akan tambah baik perkara yang perlu selain menjalinkan kerjasama erat dengan kerajaan pusat untuk menarik lebih ramai pengunjung," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dzowahir berkata Kedah antara tarikan slow tourism apabila pelancong ke negeri itu memilih untuk melancong di kawasan kampung, desa dan pedalaman bagi mendapatkan suasana santai dan tenang.
"Trend sekarang, pelancong lebih suka melancong di kawasan kampung. Seperti di Kuala Lumpur, keadaan sibuk dan mereka yang tinggal di sana juga melancong ke Kedah untuk dapatkan suasana santai dan tenang dengan keluarga.
"Lokasi pelancongan seperti ini sudah pasti dapat menarik pelancong terutamanya dari luar negara. Jadi datanglah ke Kedah sempena TMM2026 kerana orang Kedah baik-baik dan suka menyambut kehadiran tetamu," katanya.
Terdahulu, Dzowahir menyambut ketibaan pelancong di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini pada 8.05 pagi, dengan mereka diraikan dengan alunan muzik tradisional dan kehadiran maskot rasmi TMM2026, iaitu Wira dan Manja selain turut menerima cenderamata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TMM2026
#maskot rasmi
#alam semula jadi
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan