KUALA LUMPUR: Kes-kes kematian akibat COVID-19 pada hari ini melibatkan dua kes di Selangor, dan masing-masing satu kes di Pahang, Johor, Sabah, dan Sarawak, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berikut antara tumpuan lain yang diumumkan Dr Noor Hisham:

1. Sebanyak 2,192 kes baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan tiga daripadanya merupakan kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.

2. Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 285,761.

3. Jumlah pesakit yang sembuh daripada pandemik berkenaan juga terus menunjukkan peningkatan dengan 3,414 kes dilaporkan sekali gus menjadikan angka kumulatif kes sembuh kini sebanyak 252,623.

4. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 yang direkodkan Kementerian Kesihatan ialah sebanyak 32,076 kes.

5. Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 910 kes (41.5 peratus).