KOTA KINABALU: Kegagalan seorang wanita berusia 32 tahun mematuhi arahan kuarantin mencetus Kluster Paka Kawiyan di Ranau yang baharu direkodkan hari ini melibatkan 41 kes positif COVID-19, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.
Beliau yang juga jurucakap COVID-19 Sabah berkata wanita kes indeks itu disahkan positif hasil saringan rentas negeri dan didapati berinteraksi dengan penduduk kampung di sebuah kawasan kebun getah ketika cuba mendapatkan akses talian internet.
"Hasil beberapa siri saringan kontak rapat pada 29 Julai hingga 14 Ogos, terdapat pertambahan bilangan kes dalam kalangan kontak rapat dan kontak sosial kes indeks. Daripada 132 orang disaring, kluster ini merekodkan 41 kes positif termasuk 13 kes baharu hari ini," katanya menerusi kenyataan malam ini.
Masidi berkata dua lagi kluster yang direkodkan hari ini ialah Kluster Tangkuyan di Kinabatangan iaitu kluster komuniti yang merekodkan 129 kes positif COVID-19, dan Kluster Segama Batu Satu di Lahad Datu sebuah kluster tempat kerja melibatkan 18 kes.
"Kluster Tangkuyan dicetus kerani wanita berusia 27 tahun di ladang sawit Beluran yang menghadiri upacara pengebumian ahli keluarga di Kampung Tangkuyan di Kuamut, manakala Kluster Segama Batu Satu dicetus lelaki 40 tahun di syarikat perusahaan tayar," katanya.
Sementara itu, beliau berkata jumlah kes positif baharu COVID-19 di Sabah ialah 1,665 kes menjadikan jumlah kumulatif 105,102 kes, manakala jumlah pesakit sembuh hari ini 1,220 menjadikan jumlah kumulatif 88,196 orang dan 5,268 pesakit sedang menerima rawatan.
"Sehingga semalam (14 Ogos), 45.4 peratus atau lebih 1.25 juta penduduk dewasa Sabah telah memperolehi satu dos vaksin dan 21.7 peratus atau 599,823 melengkapkan dua dos. Peratusan penerima dua dos lengkap dijangka bertambah minggu hadapan apabila lebih ramai penduduk memperolehi dos kedua," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 15 2021
Kegagalan seorang wanita mematuhi arahan kuarantin mencetus Kluster Paka Kawiyan di Ranau melibatkan 41 kes positif COVID-19. - Gambar hiasan/BERNAMA
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
Gejala sakit perut, kapal persiaran bawa 3,000 penumpang dikuarantin
Lebih 2,000 penumpang dan 1,000 kru kapal terkandas di atas sebuah kapal persiaran di perairan Mauritius, kata syarikat Amerika Syarikat (AS), Norwegian Cruise Line pada Ahad.
Korea Selatan keluarkan amaran tahap tinggi penyakit FMD
Ia adalah kali pertama sejak Mac 2018 kerajaan menaikkan tahap amaran ke peringkat tertinggi.
542 burung dari luar negara dikuarantin di Pulau Pinang
Kesemua burung-burung tersebut dari Singapura, Republik Czech dan Papua New Guinea.
China tarik balik syarat kuarantin pelancong antarabangsa bermula 8 Januari
China akan menarik balik syarat kuarantin dikenakan terhadap pelancong antarabangsa bermula 8 Januari depan susulan protes rakyatnya terhadap dasar sifar-COVID.
COVID-19: 866 kes baharu, 10 kematian
Jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,763 kes.
COVID-19: 3,024 kes baharu, 8 kematian
Sebanyak 92 peratus atau 24,752 kes merupakan individu yang dikuarantin di rumah.
Kuarantin pelawat antarabangsa di hotel Hong Kong berakhir mulai Isnin
Penamatan kuarantin hotel itu berkuat kuasa pada Isnin, dua tahun selepas peraturan itu dilaksanakan bagi menangani jangkitan COVID-19.
COVID-19: Hong Kong pertimbang pendekkan kuarantin kepada pengembara
Butiran dan kaedah kemasukan akan diumumkan dalam masa terdekat selepas penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan.
Isu kekurangan bekalan lembu untuk Aidiladha selesai sebelum Julai, tempoh kuarantin disingkatkan
Isu kekurangan bekalan lembu hidup bagi ibadah korban dijangka selesai menjelang awal Julai ini, termasuk tempoh kuarantin kemasukan lembu import yang dipendekkan kepada 14 hari.
Korea Selatan mansuh kuarantin mandatori untuk semua ketibaan antarabangsa
Namun, pelancong antarabangsa masih perlu mengambil ujian virus PCR dalam tempoh tiga hari selepas memasuki Korea Selatan.