BAYAN LEPAS: Sebanyak 542 ekor burung pelbagai jenis dari luar negara bernilai RM83,063 telah dikuarantin di Stesen Kuarantin Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Batu Maung (SKBM) Pulau Pinang sepanjang tahun 2022 sehingga April tahun ini.
Pengarah Maqis Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abdul Talib berkata, kesemua burung-burung tersebut dari Singapura, Republik Czech dan Papua New Guinea.
Menurutnya, pengambilan sampel ke atas burung akan dijalankan sehari selepas kemasukan burung di Stesen Kuarantin Maqis.
"Pengambilan sampel bertujuan mengelakkan burung yang dikuarantin mengalami kemurungan dan tekanan disebabkan perubahan tempat tinggal.
"Kebiasaannya, sampel calitan kloaka bagi burung yang dikuarantinkan akan diambil untuk tujuan saringan ujian Avian Influenza (AI) dan ujian Newcastle Disease (ND).
"Sekiranya ujian tersebut didapati positif, maka burung tersebut akan dirujuk ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Kata beliau, tindakan membawa masuk haiwan hidup yang berpenyakit adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 14, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].
"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 14 akta yang sama.
"Maqis sentiasa komited dalam melaksanakan tugasan di pintu sempadan perairan negara bagi memastikan haiwan hidup yang dibawa masuk ke dalam negara mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan dan ikan demi keselamatan negara," katanya.
Menurut Muhammad Ikram, ketika ini, terdapat tujuh buah Stesen Kuarantin Haiwan Kerajaan yang telah dibina iaitu enam buah di Semenanjung Malaysia dan satu di Wilayah Persekutuan Labuan.
Jelasnya, setiap stesen kuarantin ini mempunyai kemudahan dan kapasiti tersendiri bagi urusan kuarantin haiwan.
"SKBM Pulau Pinang merupakan salah satu pusat kuarantin yang dibina bagi tujuan pencegahan kemasukan penyakit haiwan dan zoonotik ke dalam negara melalui aktiviti pengimportan haiwan hidup terutamanya burung.
"Oleh itu, mana-mana unggas seperti burung kakak tua dan burung nuri yang dibawa masuk ke Malaysia perlu menjalani prosedur kuarantin.
"Tempoh kuarantin bagi burung ditentukan berdasarkan analisis risiko ke atas terhadap spesis burung dan negara asal yang berkenaan," ujarnya.
Tambah beliau, sepanjang tempoh kuarantin, Maqis bertanggungjawab dalam melakukan aktiviti persampelan terhadap burung yang dibawa masuk daripada negara luar. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 08 2023
Maqis bertanggungjawab dalam melakukan aktiviti persampelan terhadap burung yang dibawa masuk daripada negara luar. - Sinar Harian
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
542 burung dari luar negara dikuarantin di Pulau Pinang
Kesemua burung-burung tersebut dari Singapura, Republik Czech dan Papua New Guinea.
Gelagat burung selamatkan sebuah keluarga daripada gempa bumi Turkiye
Gelagat luar biasa burung peliharaan memberi petunjuk kepada tujuh sekeluarga untuk berwaspada dan menyelamatkan diri mereka daripada gempa bumi bermagnitud 7.8 pada 6 Feb lepas.
Pesawat Turkish Airlines patah balik ke Uganda akibat burung
Sebuah pesawat Turkish Airlines yang dijadual berlepas ke Istanbul terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe Uganda pada pagi Selasa selepas ia terlanggar kawanan burung.
Perintah berkurung khas ditamatkan, kucing di Jerman kembali bebas
Penduduk di Walldorf, Jerman sebelum ini diarahkan supaya 'mengurung' kucing mereka di rumah bagi melindungi satu spesies burung terancam.
Ribuan burung mati di Kepulauan Farne
Renjer-renjer terpaksa memakai pakaian pelindung untuk mengambil bangkai-bangkai burung tersebut.
Pelbagai burung termasuk spesies terancam kembali ke Tasik Kenyir
Antaranya termasuklah burung sewah tekukur besar, burung hantu kuang kuik, burung tukang kelab dan burung sultan tit.
PGA rampas burung kakak tua, ayam laga di Sungai Golok
Seekor burung kakak tua yang dianggarkan bernilai RM35,000, 10 anak burung spesies 'sun conure' bernilai RM10,000 serta empat ekor ayam laga bernilai RM20,000 dirampas.
Tiga anak burung hupo terbang meninggalkan sarang
Spesies burung hijrah itu yang berasal dari kawasan Afro-Eurosia iaitu sekitar Eropah, Afrika dan Asia adalah antara yang berjaya membiak di negara ini.
Tiga anak burung hudhud Taman Tasik Taiping tinggalkan sarang
Anak burung yang pertama terbang pada 8.06 pagi 14 Mei manakala yang kedua pada 10.30 pagi 15 Mei dan yang ketiga pada 11.20 pagi Isnin.
Perhilitan Johor rampas 1,070 ekor burung murai
Perhilitan Johor merampas sebanyak 1,070 ekor burung murai yang dipercayai mahu diseludup ke negara jiran.