LABUAN:Tenaga pengajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan, yang mengajar sesi petang di Blok K (Fasih 3) dari 1 hingga 16 Okt lalu serta semua pelajar sesi tersebut diminta menjalani ujian saringan COVID-19.
Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata ini susulan kes positif COVID-19 melibatkan seorang pelajar sekolah tersebut.
"Sekiranya peringatan (ujian COVID-19) dikeluarkan (kepada sekolah atau individu), ia bermakna wujud kes positif jangkitan virus itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Jabatan Kesihatan Labuan telah mengeluarkan peringatan kepada pihak sekolah berkenaan Jumaat lalu dan ujian itu dijadual hari berikutnya atau secepat mungkin dan maklumat itu dikongsi dengan ibu bapa dan orang awam.
Terdahulu, dilaporkan dua pelajar dari kluster SMK Mutiara dan Bah Bangat diikuti seorang pelajar SMK Pantai dan seorang murid Sekolah Kebangsaan Kerupang dijangkiti COVID-19.
Ketiga-tiga sekolah tersebut diarah ditutup sementara untuk tujuan pembersihan dan kerja pembasmian kuman sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan semula.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 18 2020
Arahan itu susulan kes positif COVID-19 melibatkan seorang pelajar sekolah tersebut. -Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
COVID-19: Guru, pelajar SMK Labuan diminta jalani ujian saringan
Ini susulan kes positif COVID-19 melibatkan seorang pelajar sekolah tersebut.