Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari ketujuh hari ini akan menyaksikan tumpuan diberikan kepada lapan peratus rakyat yang masih tidak patuh kepada arahan PKP ini.
Ini bagi memastikan sasaran 100 peratus pematuhan rakyat terhadap PKP yang dilaksanakan bagi mengekang wabak COVID-19 ini akan tercapai.
Memetik kenyataan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media khas semalam, sepanjang tempoh PKP dilaksanakan setakat Isnin kadar pematuhan rakyat Malaysia menunjukkan peningkatan sehingga 92 peratus.
Justeru, pada peringkat ini hanya golongan pekerja yang terlibat dengan perkhidmatan penting sahaja dibenarkan berada di luar rumah.
Ini termasuk ketua keluarga atau wakil setiap keluarga yang perlu membeli barang keperluan atau mendapatkan rawatan kesihatan, manakala bagi yang tidak terlibat, perlu berada di rumah bagi memutuskan rantaian jangkitan virus COVID-19 yang telah meragut 14 nyawa di negara ini setakat semalam.
Kerajaan juga memandang serius tahap kesedaran penjarakan sosial yang disifatkan masih gagal dicapai oleh rakyat yang perlu berada di luar rumah.
Ini kerana rata-rata mereka yang keluar ke pasar awam atau pasar raya untuk mendapatkan barangan harian masih lagi berpusu-pusu tanpa menghiraukan peraturan penjarakan sosial yang ditetapkan iaitu satu meter antara satu dengan lain.
Justeru tumpuan pihak berkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini ialah memastikan penjarakan sosial ini dipatuhi dengan memastikan pasar awam dan pasar raya ini mengehadkan jumlah pembeli dalam satu-satu masa dan membuat garisan jarak sejauh satu meter untuk pelanggan membuat bayaran.
Orang ramai juga dinasihatkan terus berada di rumah dengan mengamalkan kebersihan seperti membasuh tangan dan mematuhi penjarakan sosial jika perlu berada di luar.
Sebagai tanda prihatin kerajaan semalam mengumumkan beberapa inisiatif bagi membantu rakyat meneruskan kehidupan dalam keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini.
Antaranya adalah pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur bawah 55 tahun dibenar membuat pengeluaran dari Akaun 2 masing-masing bermula 1 April depan.
Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.
Kerajaan juga akan menyalurkan peruntukan tambahan berjumlah RM600 juta kepada Kementerian Kesihatan bagi menyokong usaha menangani COVID-19 dan membiayai pengambilan kakitangan baharu secara kontrak, terutamanya jururawat.
Bagi meringankan beban kerajaan negeri, sebanyak RM130 juta disalurkan kepada semua negeri untuk membantu mereka menangani krisis wabak itu.
Tidak ketinggalan bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kerajaan bersetuju memberikan lanjutan masa daripada tiga bulan kepada enam bulan bagi penangguhan bayaran balik pinjaman berkuatkuasa serta-merta sehingga 30 Sept, yang melibatkan kutipan berjumlah RM750 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 24 2020
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari ketujuh hari ini akan menyaksikan tumpuan diberikan kepada lapan peratus rakyat yang masih tidak patuh kepada arahan PKP ini. -Gambar fail
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH
Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran ATM yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup kerana gagal mengemas kini data peribadi.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan
Pada masa ini Lembaga LTAT sedang memuktamadkan calon-calon yang berkaliber bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif.
Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM
Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara ATM berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
ATM redah banjir usung jenazah warga emas
Pasukan itu meredah air hingga paras pinggang sejauh hampir 100 meter sebelum jenazah dinaikkan ke dalam trak.
60 anggota ATM bantu pascabanjir di Kota Tinggi
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan 60 anggotanya bagi membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula semalam.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.
Kementerian Pertahanan garis lima fokus perkasa ATM
Kementerian Pertahanan menggariskan lima strategi tahun ini bagi memperkasakan hala tuju Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mendepani cabaran.