KUALA LUMPUR:Malaysia masih merekodkan jumlah kes baharu COVID-19 yang membimbangkan, dengan 2,451 lagi kes dicatat hari ini.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID19 di Malaysia sebanyak 133,559 kes, dengan kes aktif ketika ini adalah 26,185 kes.

Berikut adalah tumpuan kenyataan media Kementerian Kesihatan hari ini:

1. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

2. Bagi kes penularan di dalam negara, 1,858 kes adalah warganegara Malaysia dan 588 kes adalah bukan warganegara.

3. Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 564 kes, diikuti Sabah sebanyak 409 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 351 kes.

4. Terdapat pertambahan lima kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 542 kes.

5. Lima kluster baharu dilaporkan hari ini membabitkan negeri Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Melaka dan Terengganu.

BACA: COVID-19: Perincian lima kluster baharu hari ini

BACA: COVID-19: 2,451 kes baharu, jumlah kes aktif melebihi 26,000