KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia mencatatkan trend mendatar untuk tiga hari berturut-turut.

Pada Rabu, angka itu kekal pada paras 0.95 sejak Isnin lalu.

Berdasarkan perkongsian data oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Twitter miliknya, sebanyak 11 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Antaranya Perlis, Labuan, Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Kedah, Selangor.

Ini termasuk Johor, Pahang , Perak, dan Putrajaya.

Sabah dan Kelantan masing-masing catat 0.95.

Negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan pula adalah Terengganu, Negeri Sembilan dan Sarawak.


Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.