KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia kekal untuk hari ketiga berturut-turut dengan mencatatkan kadar 1.04 sejak Selasa.

Sebanyak 11 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Perlis catat kadar tertinggi dengan 1.31 diikuti Sarawak, Sabah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Seterusnya Kedah, Perak, Melaka, Johor, Terengganu dan Pahang.

Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Putrajaya catat kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan.

Labuan pula catat sembilan kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.