KUALA LUMPUR: Nilai kadar kebolehjangkitan di Malaysia catat penurunan.

Pada Ahad angka itu susut ke 0.87 berbanding 0.89 hari sebelumnya.

Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Dua negeri mencatatkan kadar purata melebihi 1.00 iaitu Perlis dan Putrajaya.

Ini diikuti Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Sarawak dan Perak.

Sementara itu, Johor, Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah catat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan tidak merekodkan sebarang kes baharu COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.