KUALA LUMPUR: Malaysia terus rekodkan trend menurun bagi kadar kebolehjangkitan COVID-19, selepas merekodkan 0.99 semalam.

Ini adalah kali pertama kadar R-naught berada di bawah angka 1.0 selepas beberapa bulan.

Sebanyak sepuluh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Sarawak catat kadar tertinggi dengan 1.18, diikuti Perlis, Johor, Sabah, Pulau Pinang  Kelatan, Terengganu, Perak, Kedah dan Pahang.

Selangor, Melaka, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur catat kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan.

Labuan pula catat tiga kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.