Kebanyakan kematian berkaitan COVID-19 di negara ini berikutan lewat menerima rawatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, terdapat lima peringkat jangkitan COVID-19 tetapi kebanyakan mereka datang ke hospital ketika mereka sudah berada di peringkat ketiga.
"Peringkat pertama ialah apabila seseorang itu asimptomatik (tidak menunjukkan gejala) tetapi positif, manakala peringkat kedua adalah positif dengan gejala ringan dan peringkat ketiga apabila pesakit mempunyai masalah pneumonia tetapi tidak memerlukan bantuan oksigen.
"Peringkat keempat, pesakit memerlukan terapi oksigen dan peringkat terakhir (peringkat kelima) apabila pesakit tidak boleh bernafas dengan baik dan kita perlu intubat (memasukkan tiub) dan menggunakan ventilator," katanya dalam taklimat media hari ini.
Dr Noor Hisham juga menjelaskan kebanyakan pesakit pada peringkat keempat, kesihatan mereka cepat merosot dan akan mudah berada di peringkat kelima.
Contohnya kematian terbaharu, pesakit telah mengalami kesukaran bernafas tiga hari yang lepas, katanya.
Bernama
Tue Mar 24 2020
Segera ke hospital sekiranya terdapat gejala COVID-19, nasihat Ketua Pengarah Kesihatan kepada seluruh rakyat Malaysia. - Gambar hiasan
Kontroversi UM: Mahasiswa protes tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
COVID-19: Dua wanita Malaysia antara 14 kes import baharu dilaporkan di Singapura
Kedua-dua wanita itu merupakan pemegang permit kerja yang baru tiba dari Malaysia dan asimptomatik.
COVID-19: Tiga lelaki Malaysia antara kes import asimptomatik di Singapura
Ketiga-tiga mereka merupakan pemegang permit kerja dan tiba ke Singapura dari negara asal.
COVID-19: Warga Malaysia antara tiga kes import gejala di Singapura
Dilabelkan sebagai Kes 59085, beliau adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Malaysia.
COVID-19: Kebanyakan kematian lewat terima rawatan Dr Noor Hisham
Kebanyakan kematian berkaitan COVID-19 di negara ini berikutan lewat menerima rawatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah.