Kementerian Pendidikan (KPM), melalui pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), akan berbincang bersama pihak berkaitan jika terdapat keperluan menutup sekolah bagi mencegah penularan COVID-19 di kawasan yang terlibat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin berkata, di peringkat negeri, KPM akan memantau perkembangan sesi persekolahan melalui JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan pengarah JPN ialah ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPPN).
"Selepas pengumuman pelaksanaan kawalan pergerakan antara bahagian di negeri Sarawak pada 29 Julai lalu, JPPN Sarawak dengan persetujuan KPM telah memutuskan untuk menangguh pembukaan semula 213 buah sekolah di daerah Kuching.
"Ini melibatkan 87 buah sekolah di bawah PPD Kuching, 99 sekolah (PPD Padawan), dan 27 sekolah (PPD Samarahan). Pembukaan semula sekolah yang diumumkan pada 3 Ogos lalu telah ditangguh ke 17 Ogos.
"Bagaimanapun, kelas bagi prasekolah, Tingkatan 5 dan 6 beroperasi seperti biasa di ketiga-tiga PPD tersebut," katanya menjawab pertanyaan Teo Nie Ching (PH-Kulai) pada sesi soal jawab yang ingin tahu jika KPM merancang untuk menutup sekolah di Zon Merah COVID-19, seperti Kuching, Sarawak.
Bagi negeri Kedah pula, Radzi berkata, kerajaan negeri telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar di empat mukim iaitu Mukim Ah, Mukim Hosba, Mukim Binjal dan Mukim Padang Serai bermula 2 Ogos.
Berikutan itu, beliau berkata, JPPN Kedah dengan persetujuan KPM telah memutuskan untuk tutup empat buah sekolah di bawah PPD Kubang Pasu, sebuah sekolah di PPD Padang Terap bermula 2 Ogos hingga 29 Ogos.
Menjawab soalan tambahan Teo sekiranya KPM bercadang menutup sekolah di Sabah susulan terdapat kes positif dalam kalangan murid di negeri itu, Radzi berkata, perkara itu akan dilihat mengikut kes.
"Jika ada keperluan untuk menutup sekolah tersebut, kami di KPM, berdasarkan nasihat daripada profesional di KKM dan MKN serta kerajaan negeri (akan) berbincang (dan) kita bersedia (untuk tutup sekolah).
"Setiap kes yang berlaku berbeza, seperti di Sarawak banyak sekolah (dengan) lebih 200 buah sekolah ditutup tetapi di Kedah kita tutup lima sekolah berdasarkan kes yang ada dan berdasarkan risiko dan cara menangani risiko tersebut," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 04 2020

Kementerian Pendidikan akan berbincang bersama pihak berkaitan jika terdapat keperluan menutup sekolah bagi mencegah penularan COVID-19 di kawasan yang terlibat, kata Radzi Jidin. - Gambar fail

Vaksin | Lebih setengah juta daftar melalui MySejahtera
Seramai 637,000 individu telah mendaftar sebagai penerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan melalui aplikasi MySejahtera. Ketua Penolong Pengarah Kanan bahagian kawalan penyakit Kementerian Kesihatan Dr Mahesh Appannan berkata pada masa ini aplikasi berkenaan dilihat sebagai medium paling berkesan untuk menyebarkan maklumat mengenai COVID-19 termasuk program vaksinasi.

Badminton Campuran | Beregu harapan tidak sabar gegar Brimingham
Impian yang tersemat sejak 11 tahun lalu akhirnya terlaksana. Beregu harapan, Hoo Pang Ron bersama Cheah Yee See sudah tidak sabar untuk gegar bumi Birmingham. Buat julung kalinya, mereka akan ke Kejohanan All England bulan depan.

Olimpik Tokyo | Presiden baru utamakan kesamarataan jantina
Presiden baharu sukan Olimpik Tokyo menekankan cita-cita untuk memberi kesan yang berkekalan terhadap kesamarataan jantina di Jepun. Beliau mula melaporkan diri kepada Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa secara rasmi pada Rabu.

COVID-19 | Kes positif seluruh dunia melebihi 112.38 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 112 juta kes. Berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu sejak 24 jam 4lalu, angka jangkitan kumulatif global kini pada angka 112.38 juta.

Sukan Basikal | Bekas pelumba bakal sertai Pro Cycling Team
Bekas pelumba lebuhraya kebangsaan, Ng Yong Li menerima tawaran sebagai Penolong Pengarah Sukan Kuwait Pro Cycling Team. Kuwait pasukan luar negara keduanya selepas Brunei. Bagaimanapun, tugasan Yong Li kali ini diiringi sasaran peribadi yang lebih penting.

Gaji Minimum AS | Republikan persoal kewajaran peningkatan gaji minimum
Perkembangan Pelan Rangsangan Ekonomi Amerika. Kumpulan Senator dari republikan mengkritik peningkatan gaji minimum kepada 15 dollar sejam yang terkandung dalam pelan itu. Menurut seorang Senator, peningkatan gaji minimum yang dicadang itu akan meningkatkan kos perniagaan di Amerika dan akhirnya akibatkan 1.4 juta pekerjaan hilang.

Kemalangan Woods | Woods sukar pulih selepas kemalangan - Doktor
Tiger Woods yang alami kecederaan akibat kemalangan selasa lepas sukar untuk pulih. Malah, kata Pakar Perubatan Ortopedik, atlet itu mungkin tidak akan berpeluang kembali sebagai pemain golf profesional lagi selepas ini.

COVID-19 | Afrika Selatan belanja AS$ 688 juta untuk kempen vaksin
Afrika Selatan rancang untuk membelanjakan 688 juta dolar untuk program vaksinasi dua pertiga penduduknya bagi mengawal COVID-19. Serentak itu, ia turut rancang untuk memulihkan ekonomi yang catat penurunan sebanyak 7.2 peratus tahun lalu. Menteri Kewangan Tito Mboweni menyatakan pemacu vaksinasi akan membantu ekonomi Afrika meningkat 3.4 peratus tahun ini.

Tiger Woods mungkin tidak dapat kembali aktif - Doktor
Kata pakar perubatan ortopedik, atlet itu mungkin tidak akan berpeluang kembali sebagai pemain golf profesional lagi selepas ini.

AWANI Ringkas: Vaksin Covid-19: Logistik jadi keutamaan di Sarawak | MB Pahang terima suntikan vaksin Jumaat ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (7:00AM).

Vaksin COVID-19: "Tak rasa pun, macam cucuk biasa" - Muhyiddin
"Tidak rasa pun, macam cucuk biasa," itu yang diakui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas menjadi individu pertama disuntik vaksin COVID-19 di negara ini.

PM disuntik vaksin, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula
Ia sebagai simbolik kepada pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dengan fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan.

COVID-19: 2,468 kes baharu, 4,055 sembuh dan 14 kematian
Malaysia merekodkan sebanyak 2,468 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 288,229 kes.

SPM seminggu lagi: Kekal positif, anda tidak berseorangan
Walau genting akibat pandemik COVID-19, pemikiran positif perlu menjadi keutamaan bukan sahaja dalam kalangan pelajar, tetapi juga ibu bapa dan penjaga mereka.

COVID-19: Tiada halangan wanita hamil ambil vaksin
Ini kerana wanita hamil yang dijangkiti COVID-19 akan mengalami gejala yang lebih teruk sekiranya tiada perlindungan antibodi.

Perincian 7 kluster baharu COVID-19, libatkan majlis pengebumian, rumah jagaan
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tujuh kluster baharu hari ini termasuk melibatkan kluster komuniti, kluster keagamaan dan kluster kumpulan berisiko tinggi.

7 kluster baharu dikesan, antaranya babit aktiviti keagamaan, kumpulan berisiko tinggi
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan ia melibatkan kluster di empat negeri iaitu di Selangor, Johor, Sarawak dan Perak.

COVID-19: 3,731 kes baharu, 15 kematian dilaporkan
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan pertambahan itu menjadikan sejumlah 51,241 kes aktif COVID-19 di negara ketika ini.

SOP COVID-19 di tempat kerja: Patuh hanya apabila ada penguatkuasa?
Segelintir masyarakat Malaysia ketika ini hanya akan mematuhi SOP apabila terdapat penguatkuasaan dilakukan.

Pertimbang semula cadangan rawat kes COVID-19 di hospital swasta
Jumlah kematian akibat COVID-19 yang kurang daripada 0.4 peratus menjadi cerminan kepada kejayaan fasiliti kerajaan mengendalikan wabak tersebut.