KUALA LUMPUR:Kepadatan penduduk tertinggi, iaitu 6.3 juta, menyumbang kepada pertambahan kes positif COVID-19 baharu di kawasan sekitar Lembah Klang akhir-akhir ini.
Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Malina Osman menegaskan, faktor itu menjadikan kes di Lembah Klang lebih tinggi berbanding Sabah.
"Di Selangor, yang mempunyai penduduk antara yang tertinggi di Semenanjung, kita ada 6.3 juta keseluruhannya.
"Di Petaling sahaja, yang menempatkan Damansara dan tempat-tempat lain yang terdapat ramai kluster selama ini, mempunyai 2.3 juta penduduk.
"Berbanding Sabah, yang mempunyai 3.2 juta atau 3.3 juta penduduk sahaja," katanya ketika dihubungi melalui sidang Skype hari ini.
Dr Malina berkata, faktor kepadatan penduduk ini memberikan persepsi berhubung kesukaran pelaksanaan sepenuhnya kawalan yang berteraskan penguatkuasaan.
"Dari segi kesihatan awam, penglibatan masyarakat dalam melaksanakan komitmen terhadap kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) sangat diharapkan," katanya.
Ikuti perkembangan terkini COVID-19 di sini.
Tambahnya, beliau pernah mencadangkan sebelum ini supaya agensi-agensi berkenaan mengadakan pasukan petugas khas yang mengawal selia pekerja dari segi kepatuhan SOP di Kuala Lumpur, atau di tempat yang mempunyai kluster-kluster binaan.
"Tidak dapat tidak, kita tahu, penempatan yang menempatkan pekerja-pekerja ini terdedah kepada potensi tularan.
"Sekiranya kita dapat mengambil kira langkah-langkah pencegahan yang dapat dilaksanakan, saya yakin perkara-perkara ini dapat dikawal," katanya.
BACA: COVID-19: Malaysia catat kes baharu empat digit lima hari berturut-turut
BACA: COVID-19: 5 kluster baharu dikenal pasti, 5 kluster tamat
BACA: PKPB Lembah Klang bukan kegagalan - KP Kesihatan
Pada Selasa, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, negeri di sekitar Lembah Klang merekodkan 518 kes positif baharu.
Ia sekali gus mencatatkan kes positif harian empat digit untuk tempoh lima hari berturut-turut dengan 1,210 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara 49,730 kes.
Dalam pada itu kata Dr Malina, paling penting adalah memberi keutamaan kepada peruntukan kewangan untuk melakukan lebih banyak saringan.
Jelasnya, masyarakat kini masih terdedah dengan COVID-19 sebelum pemberian vaksin yang akan memberi perlindungan kepada semua dapat direalisasikan kelak.
Astro Awani
Wed Nov 18 2020

Dr Malina mencadangkan supaya pasukan petugas khas ditubuhkan bagi mengawal selia pekerja dari segi kepatuhan SOP di kawasan-kawasan yang mempunyai kluster binaan. - Gambar hiasan

Wanita 85 tahun kembali 'ketuk pintu' rumah jagaan selepas 10 hari diisytihar mati akibat COVID-19
Seluruh ahli keluarga Rogelia Blanco telahpun difahamkan bahawa wanita itu telah selamat dikebumi.

Jangan dibiar api kecil membakar tiang - Pemuda UMNO Perak teguh bersama Zahid
Pemuda UMNO Negeri Perak yakin dengan kekuatan yang telah dibina oleh Presiden parti dalam menegakkan layar disaat UMNO dipukul ombak.

Isu PdPR | Panduan kepada ibu bapa
Untuk bercakap mengenai perkara ini dan apa yang boleh kita usaha untuk lakukan. Bersama Muhammad Fadzli Hasan Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

COVID-19 | Perjuangan masih belum berakhir - KP Kesihatan
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan kesedihan beliau dalam menempuhi satu tahun memerangi pandemik COVID-19. Menerusi perkongsian di Twitternya, beliau turut memaklumkan pengakhiran perjuangan ini masih belum berakhir.

Warga Emas | Mengatasi tekanan dan kemurungan kalangan warga emas
Kita terus bersama Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye bagi mengulas perkara ini.

Proklamasi Darurat | Ramai takut bersuara mengenai darurat - Tun Mahathir
Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa ramai pihak berpandangan darurat yang dilaksanakan sejak 11 Januari lalu adalah tidak perlu. Menerusi catatan terbaharu di blognya, Chedet.cc, bekas Perdana Menteri itu berkata, mereka bagaimanapun berada dalam ketakutan untuk menyuarakan pendapat.

Krisis Air Sabah | Rugutan penduduk bandar Sri Indah Tawau
Susulan pendedahan Astro AWANI di Loji Air Cinta mata mengenai masalah berpanjangan bekalan air bersih. Astro AWANI turut meninjau keadaan penduduk bandar Sri Indah Tawau yang menghadapi kesulitan melakukan aktiviti harian di rumah berikutan masalah bekalan air bersih.

Sembilan maut akibat ribut Eloise
Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh di bandar Beira, Mozambique selepas ribut Eloise membadai kawasan itu pada Ahad.

Dr Zulkifli ingatkan agensi kementerian, jangan ditegur Ketua Audit Negara lagi
Dr Zulkifli herap tiada ada lagi mana-mana 13 agensi kementerian menerima teguran sedemikian rupa, demi menjaga integriti dan amanah.

Undang-undang baharu diperkenalkan, mahkluk mitos Bigfoot kembali diburu!
Zon pemburuan makhluk mitos itu adalah di kawasan hutan tebal di pergunungan Ouachita, tenggara Oklahoma.

Perjuangan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 masih belum berakhir - KP Kesihatan
Menerusi perkongsian di Twitternya, beliau turut memaklumkan pengakhiran perjuangan ini masih belum berakhir.

COVID-19: 9 kluster baharu dikesan, 8 daripadanya kluster tempat kerja
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan sebanyak sembilan lagi kluster baharu COVID-19 pada Ahad.

COVID-19: JKN Kedah rangka operasi 24 jam di CAC
KKM juga bercadang untuk mewujudkan CAC bergerak bagi memantau pesakit yang mempunyai masalah mobilisasi atau dari kalangan golongan rentan.

COVID-19: 3,346 kes baharu, 4,427 kes sembuh dicatatkan
Malaysia mencatatkan sebanyak 3,346 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Ahad dengan 11 lagi kes kematian.

Lapan daripada 11 kluster baharu babitkan kluster tempat kerja
Setakat semalam (22 Januari), sejumlah 350 kluster baharu telah dilaporkan, dengan 225 kluster (64.3 peratus) merupakan kluster berkaitan tempat kerja.

COVID-19: Kes baharu dan sembuh paling tinggi, ini lima tumpuan hari ini
Bagaimanapun, perkembangan positif dilaporkan hari ini selepas kes sembuh melepasi angka kes baharu iaitu sebanyak 4,313 kes.

COVID-19: 4,275 jangkitan baharu, paling tinggi direkodkan setakat ini
Malaysia mencatat angka harian tertinggi dengan 4,275 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan mencecah 180,455 kes.

Malaysia catat kematian baharu tertinggi jadi tumpuan kenyataan media KKM
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 22 Januari.

COVID-19: 18 kematian, tertinggi dilaporkan, 3,631 kes baharu
Malaysia merekodkan 18 kes kematian baharu iaitu tertinggi yang pernah dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 660 korban.

COVID-19: Ujian saringan RTK-Ag harus dikendalikan operator terlatih
Amalan terbaik adalah, ia dilakukan dalam tempoh masa lima hingga tujuh hari selepas simptom dikenal pasti.