awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Malaysia catat kes baharu empat digit lima hari berturut-turut

Isabelle Leong
Isabelle Leong
17/11/2020
10:07 MYT
COVID-19: Malaysia catat kes baharu empat digit lima hari berturut-turut
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu ciapan berkata negeri di sekitar Lembah Klang merekodkan 518 kes positif baharu. - BERNAMA
KUALA LUMPUR:Malaysia terus mencatatkan kes positif harian empat digit untuk tempoh lima hari berturut-turut sehingga Selasa.
Setakat jam 12 tengah hari Selasa, 1,210 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara 49,730 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata negeri di sekitar Lembah Klang merekodkan 518 kes positif baharu.
"Daripada jumlah ini, sebanyak 435 kes (84.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster.
"Sebanyak 206 kes yang dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah daripada Kluster Tapak Bina Damanlela yang kesemuanya melibatkan bukan warganegara. Sebanyak 142 kes (52.4 peratus) yang dilaporkan di Selangor pula adalah daripada Kluster Teratai yang melibatkan 131 (92.3 peratus) bukan warganegara.
"Kedua-dua kluster ini merupakan kluster yang melibatkan tempat kerja," katanya dalam kenyataan media berhubung perkembangan COVID-19 pada Selasa.
Katanya lagi, Sabah pula merekodkan 499 kes baharu.
"Sebanyak 122 kes (24.4 peratus) dilaporkan daripada Kluster Penjara Sandakan (122 kes) manakala 106 kes (21.2 peratus) pula adalah daripada kluster baharu iaitu Kluster Avenue.
"Sebanyak 172 kes (14.2 peratus) yang dilaporkan pada hari ini adalah berkaitan kluster-kluster di penjara. Ini melibatkan Kluster Penjara Sandakan (122 kes), Kluster Tembok (20 kes), Kluster Penjara Kepayan (16 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (14 kes)," tambahnya.
COVID-19; 17 Nov 2020 Jumlah discaj baru:1018 Jumlah kumulatif:36624 (73.6%) Jumlah kes baru:1210 Jumlah kumulatif:49730 Jumlah kes aktif: 13806 Kes tempatan:1191 Kes import:19 (5 WN, 14 BWN) Jumlah kematian:5 Jumlah kumulatif: 318 (0.64%) Kes di ICU:105 Pesakit intubated:40 pic.twitter.com/RObmCwTPRO
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 17, 2020
Sementara itu, beliau berkata, daripada 1,210 kes baharu pada Selaasa, terdapat 19 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
“19 kes import mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan lima warganegara dan 14 lagi bukan warganegara.
“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini terdapat sebanyak 13,806 kes,” katanya
Beliau berkata jumlah kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat ini ialah sebanyak 105 dan daripada jumlah itu, 40 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Katanya, Malaysia juga merekodkan 1,018 kes yang telah pulih sepenuhnya menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 36,624 kes yang bersamaan dengan 73.6 peratus.
Dalam tempoh 24 jam juga, beliau berkata lima kes kematian baharu direkodkan menjadikan angka keseluruhan kes kematian di negara menjadi sebanyak 318 kes (0.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#Lembah Klang
#Malaysia
#kes positif
#Pulih
#KKM
#Ketua Pengarah Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan