COPENHAGEN:Pihak pembangkang Denmark menggesa supaya kerajaan menggali keluar dan membakar jutaan bangkai mink yang telah ditanam sebelum ini.
Ia susulan tindakan kerajaan memusnahkan dan menanam bangkai haiwan itu berhampiran tasik serta sumber air minum yang dipercayai mencemarkan bekalan air bersih di situ.
Setakat ini, sekitar 11 juta mink telah dihapuskan.
Kerajaan turut mengaku kesilapan atas langkah tersebut yang diambil secara tergesa-gesa.
Pada awal November, perdana menteri Mette Frederiksen umum akan memusnahkan 15 juta mink selepas menemui mutasi COVID-19 dalam haiwan tersebut.
Langkah tersebut bagaimanapun dipertikai kerana didakwa tidak mempunyai asas undang-undang.
Susulan itu, Menteri Pertanian Denmark meletak jawatan.
Denmark merupakan negara pengeksport bulu mink terbesar dunia.
Astro Awani
Fri Nov 27 2020

Antara bangkai mink yang dibawa untuk ditanam susulan jangkitan COVID-19 yang dikaitkan dengan spesies itu. -Gambar fail

Angkat sumpah Biden | Cabaran besar memulihkan negara
Joe Biden bakal berdepan pelbagai cabaran besar selepas dirasmikan sebagai Presiden Amerika Syarikat Ke-46 pada 20 Januari ini. Selain menangani pandemik COVID-19 yang membunuh 4 ribu penduduk setiap hari, biden juga perlu menyatukan semula rakyat negara itu, terutama selepas serangan di bangunan capitol pada 6 Januari lalu.

FMM minta kerajaan perluaskan Akta COVID-19 untuk sektor perdagangan dan logistik
Ia bertujuan bagi memulihkan sektor perdagangan dan logistik yang merosot akibat pandemik COVID-19.

PKP | Polis tiada kuasa batalkan kompaun
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan atau mengurangkan kompaun yang dikeluarkan terhadap mereka yang melanggar Perintah Kawalan Keselamatan (PKP), kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid.

10 Berita Pilihan - (18 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis, JKNS siasat kes minum arak di pusat kuarantin - Masidi
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius isu video tular individu meminum minuman keras di sebuah pusat kuarantin.

COVID-19: Tidak sampai seminggu, China siapkan pusat kuarantin dengan 4,160 bilik
Mengikut perancangan asal, pusat kuarantin yang meliputi kawasan seluas 34 hektar itu hanya akan menempatkan 3,000 buah bilik.

Amaran cuaca buruk di pedalaman dan pantai barat Sabah serta Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di pedalaman dan Pantai Barat di Sabah serta Labuan sehingga esok.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Persekolahan secara bersemuka Tabika Kemas ditangguh
Sesi persekolahan Tabika Kemas secara bersemuka di seluruh negara yang sepatutnya bermula pada 20 Jan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

COVID-19: Kerajaan Denmark didesak gali semula jutaan bangkai mink ditanam tepi tasik
Kerajaan didesak menggali keluar kesemua bangkai mink yang ditanam berhampiran tasik serta sumber air minum.

15 juta mink bakal dimusnahkan selepas mutasi COVID-19 dikesan
Pihak berkuasa negara itu telah mengenal pasti mutasi COVID-19 dalam cerpelai yang menjangkiti manusia.

COVID-19: Denmark laksana perintah berkurung
Tidak ada kematian akibat COVID-19 di Denmark, tetapi jumlah kes jangkitan meningkat dengan pantas.