KUALA LUMPUR: Keseluruhan kes aktif COVID-19 dalam negara kini ialah 14,637 kes.

Berikut adalah tumpuan kenyataan media Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

1. Sebanyak 1,268 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 336,808.

2. Selangor masih mencatat angka tertinggi dengan 409 kes jangkitan, diikuti oleh Sarawak dengan 141 dan Johor sebanyak 135 kes.

3. Sebanyak 1,083 kes sembuh direkodkan, menjadikan kes sembuh keseluruhan sebanyak 320,925.

4. Dua kematian baharu turut dicatatkan hari ini membabitkan kes warganegara di Selangor.

5. Empat kluster baharu dikenal pasti hari ini di Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Sarawak.