KUALA LUMPUR : Kes harian COVID-19 negara meningkat kepada 19,090 pada Khamis.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia menjadikan kumulatif kes kepada 2,975,422 kes.

Jelasnya daripada 19,090 kes harian yang dicatatkan, sebanyak 18,977  kes bersamaan 99.41 peratus merupakan pesakit kategori 1 dan 2, manakala 113 kes bersamaan 0.59 peratus merupakan pesakit kategori 3, 4 dan 5.


Jangkitan harian COVID-19 itu melibatkan 18,956 warga tempatan dan 510 bukan warganegara.

Sebanyak 5,712 kes sembuh telah direkodkan pada Khamis, menjadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 2,835,464 kes.

Dalam pada itu, 158 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 78 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, sebanyak 14 kluster baharu turut dilaporkan KKM, dengan jumlah kluster yang telah tamat adalah sebanyak 6,160 kluster.

Sehingga kini, sebanyak 395 kluster masih aktif.