JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 93 juta kes.

Data Johns Hopkins University menunjukkan 93,630,022 kematian di peringkat global susulan pertambahan ratusan ribu kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan 23,478,669 kes.

Ini diikuti India dengan 10,527,683 kes dan Brazil dengan 8,324,294 kes.

Dua negara, Rusia dan United Kingdom kini melangkaui 3 juta kes, iaitu masing-masing dengan 3,483,531 dan 3,325,636 kes.

Manakala negara yang melepasi angka 2 juta kes adalah Perancis, Turki, Itali, Sepanyol dan Jerman.

Colombia, Argentina, Mexico, Poland, Iran, Afrika Selatan, Ukraine dan Peru pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Belanda, Indonesia,  Romania, Belgium, Kanada, Chile, Iraq, Bangladesh, Sweden dan Pakistan antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Negara lain merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes.

BACA: COVID-19: Angka korban dunia melebihi 2 juta