MELAKA: Kerajaan Melaka mengesahkan kes pertama membabitkan varian Afrika Selatan atau varian Beta (B.1.351) di negeri ini dijangkiti seorang individu daripada sebuah pusat hiburan di Melaka Raya.
Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana setakat ini hanya individu itu dari Kluster Jalan Pokok Mangga dikesan mendapat jangkitan varian berkenaan.
Bagaimanapun katanya, individu berkenaan juga telah pulih dan situasi kluster kini terkawal.
"Kita akan terus memantau kluster ini selain lebih 60 kluster lain yang terdapat di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Yang di- Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tun Ali, Bukit Katil pada Sabtu.
Hadir sama, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Datuk Dr Ismail Ali.
Rahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek berkata, Jabatan Kesihatan Negeri juga akan terus melakukan pemantauan berhubung perkembangan varian berkenaan bagi memastikan ia tidak merebak dalam komuniti.
Ujar beliau, Kluster Jalan Pokok Mangga dikesan pada 22 April lalu hasil saringan individu bergejala dan kes indeks dikesan positif COVID-19 selepas berjumpa dengan kes positif dari Kuala Lumpur.
Katanya, jangkitan kemudian menular dalam kalangan kontak rapat sosial dan kontak tempat kerja membabitkan dua buah pusat hiburan di negeri ini.
"Seramai 30 individu positif COVID-19 daripada kluster itu yang dijangka tamat pada 7 Jun kerana tiada lagi kes baharu direkodkan," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Kes Varian Afrika Selatan di Melaka dijangkiti dari pusat hiburan
Sinar Harian
Sat Jun 05 2021

Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana setakat ini hanya individu itu dari Kluster Jalan Pokok Mangga dikesan mendapat jangkitan varian berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA

Kekurangan bahan bakar, 80 peratus bas persendirian Sri Lanka mungkin henti operasi
Persatuan bas sukar mendapatkan diesel meskipun pada Isnin Ceylon Petroleum Corporation menyambung semula pengedaran bahan api.

ASEAN-AS | Komited kekalkan kerjasama Maritim
ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) komited untuk terus berpegang teguh kepada aspek pengekalan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini. Menurut kenyataan visi bersama dikeluarkan sempena Sidang kemuncak Khas ASEAN-AS, komitmen itu termasuk menjaga kawalan dan keselamatan maritim, selain kebebasan navigasi pelayaran dan penerbangan serta penggunaan sah lautan seperti yang dinyatakan di bawah prinsip undang-undang laut (UNCLOS) 1982.

Tun M tidak setuju 'bailout' untuk selamatkan Sapura Energy
Sebaliknya usaha perlu diambil bagi mengurangkan kerugian ditanggung penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu.

Penyertaan NATO | Turki enggan sokong keanggotaan Sweeden dan Finland
Turki mengulangi bantahannya berhubung hasrat Finland dan sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, NATO diasaskan Amerika Syarikat. Serentak itu, Presiden Recep Tayyip Erdogan tegaskan, dua negara Scandinavia itu perlu menghantar wakil untuk meyakinkan Turki mengenai perkara berkenaan.

Krisis Ukraine-Rusia | Tiga cedera termasuk kanak-kanak
Serangan terbaharu Rusia yang mensasarkan bangunan pelancongan di bandar pelabuhan, Odesa, Ukraine mencederakan seorang kanak-kanak dan dua dewasa.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 1,000 korban baharu dalam sehari
Berdasarkan data John Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 800 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.26 juta kes.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 300,000 kes baharu dalam sehari
Terdapat pertambahan lebih 300 ribu kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas. ini menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 521 juta kes.

Kebakaran | Bomba kenal pasti kawasan titik panas berisiko
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengenal pasti beberapa kawasan titik panas yang berisiko berlaku kebakaran pada musim panas dan kering, yang dijangka berlaku sehingga September ini. Ketua Pengarah Jbpm Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata pihaknya sudah bersiap siaga, dengan memulakan pemantauan di kawasan yang dikenal pasti selain persiapan dari segi keanggotaan dan aset-aset diperlukan.

Pemilihan PKR | Pengundian di 13 cabang berjalan lancar
Pengundian secara fizikal bagi pemilihan PKR di 13 cabang di Pulau Pinang hari ini berjalan lancar. Pengerusi PKR Negeri, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik memaklumkan, proses pengundian secara fizikal bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang tadi dalam suasana aman dan terkawal meskipun ada kawasan yang sedikit ‘panas’.

Dera Kanak-Kanak | Pekerja kontraktor ditahan
Seorang kontraktor sambilan ditahan polis bagi membantu siasatan kes dera membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang dijaganya.

COVID-19: 23 kes varian Afrika Selatan dikesan di Kelantan
Sebanyak 23 kes COVID-19 membabitkan varian Afrika Selatan dikesan di Kelantan setakat ini, menurut Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Zaini Hussin.

COVID-19: Kes varian Afrika Selatan di Melaka dijangkiti dari pusat hiburan
Kerajaan Melaka mengesahkan kes pertama membabitkan Varian Afrika Selatan atau varian Beta (B.1.351) di negeri ini dijangkiti seorang individu daripada sebuah pusat hiburan di Melaka Raya.

Thailand pertingkat langkah pencegahan bendung varian baharu di selatan
Pihak berkuasa meningkatkan langkah keselamatan di sepanjang sempadan Thailand-Malaysia yang hanya dipisahkan oleh Sungai Golok.

Thailand kesan kes COVID-19 jangkitan tempatan babitkan varian Afrika Selatan
Lelaki itu diziarahi ahli keluarganya - isterinya warga Malaysia, anak dan ibu mertua - yang menyeberang sempadan secara sah dari Malaysia.

COVID-19: Tiada kes varian Afrika Selatan di Palong, Jempol
Tular mengenai dakwaan varian Afrika Selatan mula merebak di Palong 5, sehingga menyebabkan kematian.

COVID-19: KKM kesan 14 kes tempatan varian Afrika Selatan - Dr Noor Hisham
Sebanyak 14 kes tempatan COVID-19 baharu yang dijangkiti varian South African B.1.351 dikenal pasti dari 3 Mei 2021 sehingga 10 Mei 2021.

Varian Afrika Selatan: Rakyat Perak dinasihat perkasa amalan norma baharu
Rakyat negeri Perak dinasihatkan agar terus memperkasa amalan norma baharu susulan penemuan virus COVID-19 varian Afrika Selatan.

Sultan Muhammad V zahir kebimbangan peningkatan kes COVID-19 di Kelantan
Baginda juga menzahirkan rasa dukacita apabila melihat ramai rakyat Kelantan masih mengambil ringan terhadap pematuhan SOP PKP bagi mengekang penularan wabak berkenaan.

COVID-19: 10 kes babitkan varian Afrika Selatan B1531 dikesan di Kelantan
Varian Afrika Selatan itu dikesan wujud selepas ada penduduk Kelantan melakukan rentas negeri menghadiri kenduri di Kuala Lumpur.

COVID-19: Varian Afrika Selatan mula dikesan di Kelantan
Varian South African B.1.351 dikesan mulai 'bertapak' di Kelantan pada Ahad apabila sebanyak 10 kes direkodkan.