awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: KKM masih mempunyai kelengkapan cukup di Sabah

Fareez Azman
Fareez Azman
24/10/2020
11:09 MYT
COVID-19: KKM masih mempunyai kelengkapan cukup di Sabah
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan perkara itu dalam sidang media pada Sabtu. - Bernama
PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih mempunyai kelengkapan mencukupi bagi mendepani pandemik COVID-19 di Sabah.
Menurut Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sehingga kini sebanyak sembilan hospital telah dikenal pasti bagi merawat pesakit COVID-19.
"Setakat ini, kita menggunakan sembilan hospital yang telah dikenal pasti. Kita juga kenal pasti ruang-ruang untuk kita jadikan Unit Rawatan Rapi (ICU).
"Kita dapati ramai pesakit tahap empat yang memerlukan oksigen tetapi tidak memerlukan bantuan pernafasan. Pesakit tahap 3, 4, dan 5 kita tempatkan di hospital. Pesakit tahap 1 dan 2 kita tempatkan di pusat kuarantin dan berisiko rendah," katanya dalam sidang media pada Sabtu.
Jelasnya, sehingga kini sebanyak 31 pusat kuarantin dan risiko rendah telah dibuka bagi merawat pesakit COVID-19 pada tahap 1 dan 2.
Dalam pada itu, Hospital Media di Hospital Tawau turut dibina bagi meneruskan rawatan pesakit bukan COVID-19.
Menurut Dr Noor Hisham, KKM mempunyai 1,123 katil bagi pesakit COVID-19 di hospital. Manakala lebih 4,700 katil di pusat kuarantin dan berisiko rendah.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#Sabah
#Pandemik COVID-19
#peralatan perubatan
#alat bantuan pernafasan
#Pusat Kuarantin dan Risiko Rendah
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan