Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan dua lagi kes jangkitan COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 21 kes di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dalam satu sidang media pada pagi Sabtu menjelaskan kes terbaru itu melibatkan dua warganegara China.

Bagi kes ke-20, ia melibatkan seorang lelaki warganegara China berumur 27 tahun yang dikatakan seorang ahli perniagaan.

Suspek dikesan bergejala ketika melalui saringan kesihatan di pintu masuk negara di Bukit Kayu Hitam, semalam (14 Februari).

Susulan itu, sampel klinikal (throat swab) telah diambil untuk ujian pengesahan COVID-19 dan dia terus dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Lelaki itu kemudian disahkan positif COVID-19 awal pagi tadi selepas dilakukan sampel klinikal.

[LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat

BACA: COVID-19: Pihak swasta digalak sedia mesin pengimbas suhu badan


Bagi kes ke-21, ia melibatkan seorang wanita warganegara China berumur 32 tahun yang telah menetap di Malaysia.

Bagaimanapun dilaporkan, mempunyai sejarah perjalanan ke negara China pada 22 Januari 2020 sehingga 30 Januari 2020 untuk melawat keluarga beliau.

Pada Khamis, dia mengalami gejala sakit tekak dan kemudiannya dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Ujian saringan pengesanan COVID-19 telah dijalankan dan telah disahkan positif pada Jumaat.

Mangsa dimasukkan ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk rawatan dan pemantauan selanjutnya.

Setakat ini, Malaysia sudah mencatatkan 21 kes dengan seramai tujuh individu yang kembali pulih dan dibenarkan keluar dari hospital.

BACA: Koronavirus: KKM sahkan satu lagi kes babitkan warga Malaysia

B
ACA:
Koronavirus: Malaysia kekalkan 14 hari tempoh inkubasi