KEPALA BATAS:Pusat Jagaan Darul Hanan, Pongsu Seribu di Kepala Batas di sini mengambil langkah segera mengasingkan dan arahan kuarantin ke atas penghuni serta pekerja di situ yang mempunyai kontak rapat dengan sejumlah warga emas yang dipercayai dijangkiti COVID-19.
Pengerusinya, Datuk Jahara Hamid ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara tersebut namun enggan mengulas berhubung jumlah penghuni yang dijangkiti COVID-19 kerana belum menerima maklumat lengkap.
"Kami di Darul Hanan memang telah mengambil langkah segera dan sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Ketika ini terdapat kira-kira 70 penghuni di situ.
"Berhubung sama ada penghuni di situ dijangkiti COVID-19, saya tidak boleh beri sebarang komen, kena tunggu kenyataan (KKM)," katanya di sini hari ini.
Ditanya sama ada mereka yang mempunyai kontak rapat dengan penghuni yang positif COVID-19 perlu menjalani ujian saringan Covid-19, beliau memaklumkan perkara tersebut akan dilakukan.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Dr Asmayani Khalid ketika dihubungi, enggan mengulas lanjut dan meminta menunggu kenyataan akhbar berhubung COVID-19 daripada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Difahamkan seorang wanita warga emas yang baru masuk ke situ minggu lepas disahkan COVID-19 kelmarin dan ujian saringan COVID-19 ke atas kontak rapatnya di pusat jagaan tersebut mendapati tujuh lagi warga emas turut positif.
Sementara itu tinjuan di kawasan pusat jagaan tersebut mendapati polis menjalankan pengawasan bagi memastikan orang luar tidak masuk ke dalam pusat jagaan berkenaan.
Selain itu, pihak petugas KKM juga dilihat masuk ke kawasan pusat jagaan tersebut dipercayai untuk melakukan ujian saringan COVID-19.
Darul Hanan boleh menampung jumlah maksimum warga emas seramai 200 orang bagaimanapun buat masa ini, hanya 70 warga emas terdiri daripada 50 wanita dan 20 lelaki menghuni pusat jagaan tersebut.
Darul Hanan dibina di bawah pembiayaan Yayasan Bukhary di atas sebahagian tanah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) seluas 3.2 hektar bagi penempatan dan penjagaan warga emas Islam lelaki dan perempuan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 19 2020

Pihak petugas KKM dilihat masuk ke kawasan pusat jagaan tersebut dipercayai untuk melakukan ujian saringan COVID-19. - Gambar hiasan/BERNAMA

Sultan Nazrin berkenan rasmi, berbuka puasa di Masjid Al-Ikhwan
Baginda kemudiannya berkenan menanam pokok di perkarangan bangunan sebelum merasmikan masjid itu.

Sabah tidak iktiraf tuntutan pihak mengaku waris kumpulan Sulu - Hajiji
Kerajaan negeri dan seluruh rakyat sama sekali tidak mengiktiraf sebarang tuntutan oleh pihak yang mengaku waris kumpulan Sulu ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

BNM teliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk kestabilan harga
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk mempertimbangkan tahap kestabilan harga yang sesuai yang akan terus menyokong pertumbuhan mampan pada masa hadapan.

Ramadan: Segelintir individu ambil kesempatan mengemis, minta sedekah
Tindakan tegas akan diambil jika terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan mengemis dan meminta sedekah.

Sukan SEA: Laluan lebih landai bukan jaminan skuad berbasikal lebuh raya raih emas
Laluan lebih landai bagi acara berbasikal lebuh raya di Sukan SEA, bukan jaminan buat skuad berbasikal negara mudah meraih pingat emas pada temasya dwitahunan itu yang akan berlangsung Mei ini.

Liga Super: Safee kecewa penyerang tempatan kurang bermain
Bekas penyerang kebangsaan Safee Sali hampa apabila penyerang tempatan kurang mendapat minit permainan dalam saingan Liga Super 2023 setakat ini.

Shahmalarani tekad pertahan emas di Kemboja
Pingat perak yang diraih di SEAKF ke-10 tidak melunturkan semangat C. Shahmalarani untuk mempertahankan pingat emas dimenanginya di Sukan SEA, Kemboja pada Mei ini.

Ujian tekanan buktikan institusi kewangan berdaya tahan walaupun di bawah simulasi kejutan teruk
BNM berkata keputusan ujian tekanan terus mengesahkan daya tahan institusi kewangan walaupun di bawah simulasi kejutan yang teruk.

CBP rasmi outlet Ar Rahnu pertama di Gombak
Co-opbank Pertama (CBP) merasmikan outlet Ar Rahnunya yang pertama di KL Traders Square, Kuala Lumpur.

Wanita Malaysia jana lebih RM176 juta pada 2022 sebagai hos - Airbnb
Airbnb berkata wanita Malaysia secara kolektif memperoleh lebih RM176 juta pada 2022 dengan membenarkan hartanah mereka dibuka kepada tetamu sebagai rumah inap dan merasai pengalaman jangka pendek.

Semua kakitangan, penghuni Darul Hanan negatif saringan kedua COVID-19
Bagaimanapun mereka masih dikuarantin selama dua minggu, bermula Sabtu lalu.

Lapan penghuni Pusat Jagaan Darul Hanan positif COVID-19
Lapan warga emas penghuni Pusat Jagaan Darul Hanan di Pongsu Seribu, disahkan positif COVID-19 dan semua mereka kini menerima rawatan.

Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja
Difahamkan seorang wanita warga emas yang baru masuk ke situ minggu lepas disahkan COVID-19 kelmarin.