awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ketua NATO sambut baik kemajuan usaha 'tamatkan perang Ukraine'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19 Kluster dipercayai akibat sambutan Pesta Kaamatan libat 40 kes di Sabah

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
16/06/2021
15:41 MYT
COVID-19 Kluster dipercayai akibat sambutan Pesta Kaamatan libat 40 kes di Sabah
Masidi yang juga jurucakap COVID-19 negeri, berkata Sabah hari ini mencatatkan pertambahan 184 kes positif COVID-19. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Sabah hari ini telah mengesan satu kluster baharu yang dipercayai berpunca daripada sambutan Pesta Kaamatan pada 31 Mei lalu.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, Kluster Kionsom Kecil itu mula dikesan pada 9 Jun lalu, melalui saringan bergejala di JMC Kota Kinabalu.
"Kes indeks merupakan pekerja lelaki berumur 31 tahun yang bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan dan telah dimasukkan ke PKRC untuk rawatan lanjut dan isolasi, selepas disahkan positif RT-PCR.
"Susulan kes itu, seramai 86 kontak rapat menjalani ujian saringan COVID-19 pada 12 hingga 13 Jun," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Setakat ini, kluster berkenaan telah mencatatkan jumlah kumulatif sebanyak 40 kes, katanya.
Masidi yang juga jurucakap COVID-19 negeri, berkata Sabah hari ini mencatatkan pertambahan 184 kes positif COVID-19.
"Angka kes pada hari ini menunjukkan trend penurunan setelah beberapa hari berada di atas paras 200 kes jangkitan baharu harian," katanya.
Katanya, tiga kes kematian telah direkodkan, dua dari daerah Tawau dan satu di Semporna.
Topic Berkaitan
#Sabah
#Kluster baharu
#Pesta Kaamatan
#COVID-19
#kes baharu
#Masidi Manjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan