LABUAN: Kluster Layang-Layangan COVID-19 telah merebak hingga ke generasi kelima kes, menukarkan pulau bebas cukai ini kepada Zon Merah hari ini, kata Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.
"Labuan diisytiharkan sebagai sebuah Zon Merah, selepas mencatatkan lebih 40 kes dalam tempoh 14 hari lepas.
"Kami telah melakukan yang terbaik untuk mengekang penularannya, tetapi malangnya ada segelintir penduduk tidak mempedulikan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dan mengadakan perjumpaan keluarga di pantai dan sambutan hari jadi di medan selera," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata Kluster Layang-Layangan yang muncul pada 5 Mei, berpunca daripada tujuh warga India dan lima rakyat Malaysia yang tiba di pulau ini dari Semenanjung menerusi Lapangan Terbang Labuan awal bulan ini.
Ia mempunyai 45 kes setakat hari ini -- termasuk dua kes dikesan di Kuala Lumpur, dua di Selangor dan satu kes di Kedah.
Dr Ismuni berkata kluster itu telah menjangkiti sebilangan penduduk tempatan, termasuk murid sekolah rendah dan lain-lain di dalam sebuah kuil Hindu.
Beliau berkata tindakan beberapa pesakit positif dan kontak rapat menyembunyikan maklumat mengakibatkan peningkatan kes.
"Kami perlu melipatgandakan usaha menjejak kontak rapat atau pesakit positif sehingga generasi kelima, memerlukan kami bekerjasama dengan klinik swasta untuk mengekang penularannya.
"Memandangkan Kluster Layang-Layangan telah merebak ke sekolah-sekolah, kuil dan komuniti tempatan, adalah penting untuk masyarakat terus mematuhi SOP, menjauhi kawasan yang ramai orang dan sesak sepanjang pandemik virus ini," katanya.
Secara kumulatifnya terdapat 2,517 jangkitan dan satu kluster aktif, Layang-Layangan dan 14 kematian setakat hari ini di Labuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 16 2021

Secara kumulatifnya terdapat 2,517 jangkitan dan satu kluster aktif, Layang-Layangan dan 14 kematian setakat hari ini di Labuan. - Gambar fail/BERNAMA

Setiap menteri perlu serius sahut agenda Malaysia Madani - Rozhan Othman
Perlu ada tindakan susulan yang serius oleh setiap kementerian untuk menjayakan agenda Malaysia Madani.

Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

APM mohon kerajaan pertimbang 1,501 jawatan kontrak
Penambahan perlu dibuat kerana rakyat Malaysia memiliki pengetahuan yang luas dan berjiwa besar untuk menjadi anggota APM.

SSM cadang semak semula kriteria pengecualian audit bagi syarikat persendirian di Malaysia
SSM berkata, cadangan semakan semula itu akan dijalankan melalui kaedah konsultatif.

Parti pembangkang India mahu Adani Group disiasat
Tuntutan parti pembangkang supaya isu itu dibincangkan di parlimen ditolak.

Pakej internet murah: Perlu tingkat kualiti perkhidmatan di Sabah
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap akan tidak begitu bermakna sekiranya liputan internet masih tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Pemain industri makanan perlu kerjasama jayakan pelaksanaan Menu Rahmah
Pengusaha makanan dan minuman perlu bekerjasama dalam menjayakan seruan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup menerusi pelaksanaan Program Menu Rahmah.

Bekas CEO CAAM kini CEO penerbangan Kumpulan Berjaya
Berjaya Land Bhd melantik Datuk Kapten Chester Voo sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi penerbangan kumpulannya.

Tze Yong wakil tunggal negara di Thailand Masters
Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters.

Politik Pakistan | Polis Pakistan tahan bekas Menteri Kabinet Imran Khan
Polis Pakistan menahan ahli politik terkenal negara itu Sheikh Rashid Ahmed, Penahanan dibuat beberapa hari selepas beliau menuduh menuduh bekas Presiden Asif Ali Zardari terlibat cubaan membunuh bekas Perdana Menteri Imran Khan.

COVID-19: 511 kontak rapat Kluster Layang-Layangan jalani ujian saringan
Sejumlah 511 individu yang merupakan kontak rapat kes positif COVID-19 daripada Kluster Layang-Layangan telah menjalani ujian saringan, kata Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.

COVID-19: Kluster Layang-Layangan di Labuan menjangkit hingga generasi kelima
Kluster Layang-Layangan COVID-19 telah merebak hingga ke generasi kelima kes, menukarkan pulau bebas cukai ini kepada Zon Merah hari ini, kata Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.