Khidmat polis bantuan tidak boleh disalah guna, dikomersialkan - Bukit Aman

Nik Ros Azhan bercakap pada media selepas Persidangan Tahunan Kali Ke-36 dan Mesyuarat Agung Kali Ke-28 Persatuan Polis Bantuan Malaysia (MAPA) 2025 hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pihak yang menggunakan khidmat polis bantuan diingatkan supaya tidak menyalah tafsir fungsi pasukan itu atau menggunakannya bagi tujuan komersial.
Ringkasan AI
- Polis bantuan perlu difahami bukan untuk tujuan komersial, tetapi untuk menyokong keselamatan negara dan membantu PDRM dalam tanggungjawab yang ditetapkan.
- Pengisian perjawatan polis bantuan perlu diberi perhatian kerana kekurangan anggota boleh memberi kesan terhadap kecekapan operasi dan keselamatan.
- Agensi perlu meningkatkan kemahiran anggota polis bantuan secara berterusan untuk menghadapi ancaman keselamatan, teknologi, keselamatan siber, dan interaksi masyarakat.
"Amalan sedemikian bukan sahaja menyalahi peraturan, malah boleh menjejaskan kredibiliti serta kepercayaan masyarakat terhadap institusi keselamatan," katanya dalam ucapan penutup Persidangan Tahunan Persatuan Polis Bantuan Malaysia (MAPA) ke-36 di sini hari ini.
Nik Ros Azhan berkata isu pengisian perjawatan polis bantuan perlu diberi perhatian serius kerana kekurangan anggota, penugasan tidak seimbang serta perancangan sumber manusia tidak teratur boleh memberi kesan langsung terhadap kecekapan operasi dan tahap keselamatan di premis masing-masing.
"Saya menyeru setiap agensi agar merancang pengisian perjawatan secara lebih strategik dan berfasa, berpandukan keperluan sebenar operasi bagi meningkatkan keberkesanan tugas serta memastikan kebajikan anggota terpelihara," katanya.
Beliau berkata sebanyak 57,000 jawatan polis bantuan telah diluluskan, namun hanya 27,000 daripadanya digazetkan setakat ini.
Nik Ros Azhan berkata tahap profesionalisme dan kompetensi anggota polis bantuan juga perlu diperkasakan secara berterusan sejajar dengan perkembangan ancaman keselamatan dan kemajuan teknologi.
"Peningkatan kemahiran perlu dilaksanakan secara sistematik dan berfokus kerana polis bantuan kini bukan sahaja berdepan ancaman fizikal, malah turut terdedah kepada cabaran teknologi, keselamatan siber, pengurusan krisis serta interaksi bersama masyarakat," katanya.
Sementara itu, Presiden MAPA Datin Seri Asmawati Ahmad berharap lebih banyak agensi berdaftar dengan MAPA bagi memudahkan mereka berusan dengan PDRM khusunya JPJKK Bukit Aman dari segi program latihan termasuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan polis bantuan.
"Ketika ini, 181 agensi berdaftar di bawah MAPA daripada jumlah keseluruhan 281 agensi yang direkodkan menggunakan khidmat polis bantuan di seluruh negara dengan Malaysia Airport Holding Berhad, FGV Holding Berhad dan syarikat di pelabuhan antara paling ramai menggunakan khidmatan pasukan itu," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


