PUTRAJAYA:Kluster Pasai yang melibatkan jangkitan COVID-19 di beberapa daerah di Sarawak kini telah menjangkiti enam generasi sejak kes pertama dilaporkan pada 9 Jan lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata Kluster Pasai yang dikesan di Sibu, kini telah membabitkan 58 rumah panjang di Sarawak dengan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 2,363 kes positif hasil 25,500 saringan yang dilakukan setakat ini.
"Kami juga masih menunggu laporan lengkap daripada makmal sama ada Kluster Pasai adalah mutasi yang dikesan tetapi besar kemungkinan ia adalah mutasi sedia ada iaitu D614G," katanya pada sidang media perkembangan COVID-19, di sini hari ini.
Beliau berkata kluster itu berlaku apabila kes indeks yang pulang dari Johor untuk menghadiri pengebumian mendiang bapanya menjalani kuarantin wajib di rumah panjang yang kurang pengasingan dan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP).
"Adat pengebumian di rumah panjang ialah selama tiga hari berturut-turut membabitkan pengunjung yang ramai dari rumah panjang lain," katanya, menambah kluster tersebut turut menjangkiti 46 petugas kesihatan di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata KKM mengekalkan sasaran kes harian baharu akan kembali kepada dua angka pada Mei ini.
Beliau berkata pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki minggu ketiga telah berjaya menstabilkan kes COVID-19 dan mengelakkan lonjakan kes.
"Kami menjangkakan apabila kita sampai pada minggu keempat (PKP) iaitu pada 13 Feb ini ataupun sekarang ini kita dah lanjut hingga 18 Februari, kita mungkin akan melihat penurunan kes.
"Dalam pengiraan kita iaitu empat minggu PKP disusuli dengan PKP Bersyarat, kita mungkin dapat turunkan kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) COVID-19 dari 1.2 kepada 0.6," katanya, menambah KKM menjangkakan keluk jangkitan COVID-19 dapat dilandaikan pada Mac atau April ini.
Beliau juga mengulangi gesaan agar rakyat Malaysia untuk terus patuh pada SOP yang ditetapkan dan sentiasa berada di rumah jika tiada urusan penting di luar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 09 2021

Kluster Pasai yang melibatkan jangkitan COVID-19 di beberapa daerah di Sarawak kini telah menjangkiti enam generasi sejak kes pertama dilaporkan pada 9 Jan lalu. - Gambar fail
![[LAPOR LANGSUNG] Gaza di ambang bencana kemanusiaan [LAPOR LANGSUNG] Gaza di ambang bencana kemanusiaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701121817_Palestinianswalk.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Gaza di ambang bencana kemanusiaan
Dunia tidak boleh berpaling daripada isu yang melanda penduduk Gaza ketika ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [30 November 2023]
Antara fokus Awani Pagi bersama Fahmi Izzudin & Asyraf Roslan
- Kertas Putih Dasar Gaji Progresif dibentang hari ini
- Yasin dilepas, bebas tiga pertuduhan dadah kerana tidak waras
- 35 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun miliki simpanan di bawah RM10,000
#AWANInews #AWANIpagi
- Kertas Putih Dasar Gaji Progresif dibentang hari ini
- Yasin dilepas, bebas tiga pertuduhan dadah kerana tidak waras
- 35 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun miliki simpanan di bawah RM10,000
#AWANInews #AWANIpagi

Wanita trauma termakan cebisan jari dalam salad
Wanita itu mendakwa dia mengunyah cebisan jari manusia yang telah dicampur bersama salad tersebut.

Cristiano Ronaldo disaman AS$1 bilion angkara Binance
Plaintif meminta ganti rugi melebihi AS$1 bilion kerana Ronaldo terlibat dalam mempromosikan Binance kepada orang ramai.
Jiwa SME: Kesempatan dalam kesempitan melalui ternakan ayam penelur
Baka Hyline Brown boleh menghasilkan sehingga 340 biji telur setahun, memperoleh sokongan luas dan menawarkan penghantaran anak ayam untuk individu yang ingin memulakan penternakan sendiri.

TheNoor akan pindah ibu pejabat ke Madinah sebagai langkah strategik
Langkah ini akan turut memperlihatkan TheNoor menerima akses kepada persekitaran teknikal yang membantu kepada perkembangan inovasi.

Tak patut hentam JDT, ACL 'level' berbeza
Kekalahan tersebut menyaksikan hasrat juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu untuk mara ke saingan kalah mati terkubur.

4 pendatang asing maut, terjun bot haram
Saksi mendakwa mangsa terjun selepas dipaksa untuk berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Gaza di ambang bencana kemanusiaan - PBB
Tegas Antonio Guterres, dunia tidak boleh berpaling daripada isu yang melanda penduduk Gaza ketika ini.

Surah al-Jumuah bentuk pemikiran positif, sangka baik
Nouman Ali Khan berkata, menerusi kajian yang dilakukan dalam surah al-Jumuah, masyarakat perlu memahaminya dalam tiga peringkat.

COVID-19: Sibu catat kes harian terendah sejak Kluster Pasai - Dr Annuar
Beliau juga menyeru agar semua pihak terus bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memutuskan rantaian COVID-19.

COVID-19: Kes keseluruhan di Sarawak kini 10,674
Sarawak mencatat penambahan 250 kes baharu COVID-19, menjadikan kes kumulatif kini berjumlah 10,674 kes.

Tempoh kuarantin 3 hari sahaja adalah berbahaya - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Kluster Pasai adalah bukti kuarantin kendiri di rumah amat berisiko dan tempoh kuarantin untuk tiga hari sahaja adalah berbahaya.

COVID-19: Kluster Pasai kini jangkiti enam generasi - Dr Noor Hisham
Kluster Pasai yang melibatkan jangkitan COVID-19 di beberapa daerah di Sarawak kini telah menjangkiti enam generasi sejak kes pertama dilaporkan pada 9 Jan lalu.

Strain virus COVID-19 berbeza di Sarawak - Dr Sim
Analisis penjujukan genom COVID-19 menunjukkan varian yang menjangkiti rakyat Sarawak kini berbeza dengan yang dikesan pada bulan Mac hingga April tahun lepas.

255 kes baharu COVID-19, kes harian tertinggi direkodkan di Sarawak
Selain itu, dua kematian dilaporkan oleh JPBN Sarawak melibatkan Kluster Pasai di Sibu.

COVID-19: Rumah Emah Sungai Liam Baru di Beluru dikenakan sekatan pergerakan
Rumah Ramba ataupun Rumah Emah Sungai Liam Baru, Bakong di dearah Beluru kini menjalani sekatan pergerakan selama 14 hari.

Pusat saringan COVID-19 dibuka di Stadium Tertutup Sibu
Jabatan Kesihatan Bahagian Sibu membuka pusat saringan COVID-19 di Stadium Tertutup Sibu bermula esok.

Pasar Tamu Mingguan Sibu Jalan Indah ditutup
Majlis Perbandaran Sibu (MPS) memutuskan untuk menutup Pasar Tamu Mingguan Sibu di Jalan Indah bermula esok.