PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti pertambahan sebanyak lapan kluster baharu hari ini.
Berikut merupakan perincian bagi setiap kluster berkenaan:
1. Kluster Tapak Bina Muda
- Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa, Lembah Pantai dan Kepong di Kuala Lumpur.
- Kes indeks dikesan positif COVID-19 pada 4 Disember hasil saringan bersasar di tempat kerja.
- Seramai 346 individu disaring, 11 kes lagi dikesan positif.
2. Kluster Tapak Bina Galeri
- Kluster ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan Cheras, Kuala Lumpur.
- Kes-kes kluster ini dikesan positif pada 2 Disember hasil saringan bersasar lima tapak pembinaan.
- Seramai 232 individu disaring, 16 kes lagi dikesan positif.
3. Kluster Bukit Dalam
- Kluster ini dikesan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
- Kes indeks dilaporkan positif pada 30 November hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 59 individu disaring, 13 kes lagi dikesan positif.
4. Kluster Cempaka
- Kluster ini melibatkan daerah Kulai dan Kluang di Johor.
- Kes indeks dikesan positif pada 2 Disember melibatkan kes severe acute respiratory infection (SARI).
- Seramai 92 individu disaring, 10 kes lagi dikesan positif.
5. Kluster Sungai Cincin
- Kluster ini dikesan di daerah tersebut:
(Batang Pedang, Perak) (Segamat, Johor) (Klang, Selangor)
- Kes indeks dikesan positif pada 1 Disember hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 32 individu disaring, 15 kes lagi dikesan positif.
6. Kluster Huma
- Kluster ini melibatkan daerah Pasir Puteh dan Kota Bharu, Kelantan.
- Kes-kes dikesan positif pada 2 Disember hasil saringan kontak rapat.
- Seramai 80 individu disaring, 20 kes lagi dikesan positif.
7. Kluster Jalan Genting
- Kluster ini melibatkan daerah berikut:
(Titiwangsa, Kuala Lumpur) (Bentong, Pahang)
- Kes indeks dikesan positif pada 1 Disember hasil saringan tempat kerja.
- Seramai 21 individu disaring, 14 kes lagi dikesan positif.
8. Kluster Atabara
- Kluster ini dikesan di daerah Kuantan dan Pekan, Pahang.
- Kes indeks dikesan positif pada 2 Disember hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 53 individu disaring, lima kes lagi dikesan positif.
Hilmi Malik
Fri Dec 04 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia telah kenal pasti pertambahan sebanyak lapan kluster baharu. - Gambar fail

PdPR | ADUN Ayer Hitam sedia pusat pembelajaran
Memahami keperitan serta kepayahan pelajar dan guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang sedang dilaksanakan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, Azhar Ibrahim menyediakan pusat pembelajaran bagi meneruskan sesi persekolahan mereka.

Iman Troye guna media sosial interaksi dengan peminat
Perintah Kawalan Pergerakan tidak menghalang penggiat seni seperti Iman Troye untuk berinteraksi dan meneruskan aktiviti seni melalui media sosial.

Mudahkan PdP: KPT sedang dapatkan tawaran terbaik pelan data, peranti
KPT komited untuk memastikan semua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) mampu mendapatkan capaian internet walau di mana sahaja mereka berada.

AWANI Ringkas: UMNO cadang kerajaan sediakan kupon subsidi laptop | Cubaan seludup ayam sejuk beku digagalkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (1:00PM).

Polis PJ siasat 78 kes tipu, menyamar rakan, saudara
Polis Petaling Jaya membuka 78 kertas siasatan berhubung kes individu menyamar sebagai kenalan untuk menipu bagi mendapatkan wang yang melibatkan kerugian kira-kira RM250,000 sejak Januari tahun lalu.

Tindakan PM nasihat Agong bertentangan undang-undang, Anwar fail semakan kehakiman
Peguam Ramkarpal Singh memaklumkan bahawa permohonan bagi memulakan semakan kehakiman berhubung deklarasi darurat difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin

Saima Mohsin wanita Muslim pertama jadi Peguam Negara AS
Peguam Negara AS juga merupakan ketua penguatkuasaan undang-undang Federal di kawasan mereka

Cabaran Artis Muda | Iman Troye rangka strategi sepanjang PKP
Menjadi penyanyi baru saat pandemik melanda negara semestinya mempunyai cabaran yang tersendiri. Bagi penyanyi yang tersenarai sebagai bintang 2021, Iman Troye, strategi tepat perlu dirangka bagi memastikan peminat terus mengikuti perkembangan kerjaya seninya.

COVID-19: Individu pernah ke kawasan berisiko diminta segera buat saringan - Pengarah Kesihatan Sarawak
Sesiapa yang telah ke tempat berisiko sama ada untuk mengunjungi ahli keluarga, rakan, atau menghadiri sebarang majlis seperti perkahwinan atau pengebumian pergi membuat saringan.

PdPR | MOSTI pandang serius rungutan kekurangan peranti mudah alih
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memandang serius akan rungutan pelbagai pihak mengenai kekurangan peranti mudah alih untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian.

COVID-19: Individu pernah ke kawasan berisiko diminta segera buat saringan - Pengarah Kesihatan Sarawak
Sesiapa yang telah ke tempat berisiko sama ada untuk mengunjungi ahli keluarga, rakan, atau menghadiri sebarang majlis seperti perkahwinan atau pengebumian pergi membuat saringan.

Beri keyakinan kepada guru urus PdPR - NUTP
Aminuddin berkata, segala kekurangan dan kelemahan dalam kaedah itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

PdPR: MOSTI pandang serius rungutan kekurangan peranti mudah alih
MOSTI memandang serius rungutan plebagai pihak terutamanya ibu bapa mengenai kekurangan peranti mudah alih untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

KSN jalani kuarantin kendiri, sidang media Pengurusan Darurat dibatalkan
Mohd Zuki berkata beliau perlu menjalani kuarantin wajib sehingga 31 Januari ini atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Thaipusam tahun ini disambut tanpa 'kavadi', bunyi 'urumee melam'
Tidak akan ada 'kavadi' yang diiringi alunan muzik tradisional 'urumee melam' selain ribuan penganut berpakaian warna kuning menjunjung pasu mengandungi susu 'paal kudam'

Perdana Menteri Itali letak jawatan susulan pergolakan politik
Pentadbiran Conte mula goyah selepas bekas Perdana Menteri Matteo Renzi menarik sokongan terhadap partinya, Italia Viva pada 14 Januari lalu.

COVID-19: Ibarat 'bernafas dalam lumpur', peniaga Pasar Siti Khadijah rayu bantuan
Bukan hanya berdepan risiko hutang sewa kedai, malah ada di antara mereka yang terpaksa menanggung hutang dengan pembekal barangan.

COVID-19: Kerajaan seluruh dunia gagal tangani impak ketidakadilan global - Oxfam
Bergerak ke hadapan, penggubalan dasar dalam dunia pasca-koronavirus perlu memberikan fokus untuk menghapuskan kemiskinan dan melindungi planet ini daripada perubahan iklim.

COVID-19: Tiga lagi sekolah rendah di Terengganu diarah tutup
Sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga, Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga Dua dan SK Bukit Apit.

COVID-19: Dua warga Malaysia antara 44 kes import di Singapura
Berdasarkan data penuh kementerian yang dikeluarkan lewat malam tadi, kedua-dua pemegang permit kerja itu tiba dari Malaysia.