KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan pertambahan sebanyak lapan kluster baharu pada Isnin.

Menutut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 258 kluster.

Berikut adalah perincian bagi setiap kluster tersebut:

1. Kluster Jalan Keluli
* Melibatkan daerah Kota Tinggi dan Segamat, Johor.
* Kes dikesan positif pada 30 Disember hasil saringan bersasar sebuah kilang.
* Seramai 180 individu disaring, 42 kes positif.

2. Kluster Medan Idaman
* Melibatkan daerah Cheras dan Ttitiwangsa.
* Kes dikesan positif hasil saringan bersasar sebuah pasaraya.
* Seramai 84 individu disaring, 10 kes positif.

3. Kluster Jelita
* Melibatkan daerah Miri, Sarawak.
* Kes dikesan positif pada 5 Januari hasil saringan rentas negeri (Melaka).
* Seramai 54 individu disaring, lapan kes positif.

4. Kluster Kampung Renok
* Melibatkan daerah Gua Musang, Kelantan.
* Kes dikesan positif pada 1 Januari hasil saringan individu bergejala.
* Seramai 73 individu disaring, 23 kes positif.

5. Kluster Kampung Geting
* Melibatkan daerah Tumpat, Kelantan.
* Kes dikesan positif pada 6 Januari hasil rentas negeri (Pulau Pinang).
* Seramai 35 individu disaring, 11 kes positif.

6. Kluster Lumut Barat
* Melibatkan daerah Manjung, Perak.
* Kes dikesan positif pada 1 Januari hasil saringan individu bergejala.
* Seramai 121 individu disaring, 11 kes positif.

7. Kluster Kubang Bujuk
* Melibatkan sebuah pusat pengajian agama di Kuala Terengganu.
* Kes dikesan positif pada 8 Januari hasil saringan (SARI).
* Seramai 45 individu disaring, 10 kes positif.

8. Kluster Kerjaya
* Melibatkan daerah Dungun, Terengganu.
* Kes dikesan positif pada 6 Januari hasil saringan individu bergejala.
* Seramai 95 individu disaring, 9 kes positif.

Dalam pada itu, Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 336 kluster, termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Kemang, Kluster Taman Bunga, Kluster Damar Laut, dan Kluster Tapak Bina Awan Baru.