PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu COVID-19 hari ini di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Pulau Pinang dan Labuan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata enam daripadanya melibatkan tempat kerja.

Berikut perincian bagi setiap kluster:

1. KLUSTER PEKAPURI
* Melibatkan daerah Gombak, Selangor.
* Kes dilapor positif pada 21 Disember melalui saringan tempat kerja.
* 769 disaring, 202 positif.

2. KLUSTER BATU BESAR
* Melibatkan daerah Klang, Selangor.
* Kes dilapor positif pada 18 Disember hasil saringan tempat kerja.
* 546 disaring, 59 positif.

3. KLUSTER TOWER
* Melibatkan daerah Gombak, Hulu Langat, Sepang di Selangor; Titiwangsa, Cheras di Kuala Lumpur dan Temerloh, Pahang.
* Kes dilapor positif pada 17 Disember hasil saringan bersasar di tempat kerja.
* 1,154 disaring, 20 positif.

4. KLUSTER TAPAK BINA PELANGI
* Melibatkan daerah Kepong, Kuala Lumpur.
* Kes dilapor positif pada 21 Disember hasil saringan tapak pembinaan.
* 142 disaring, 23 positif.

5. KLUSTER WAWASAN
* Melibatkan daerah Petaling, Selangor; Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
* Kes dilapor positif pada 17 Disember hasil saringan individu bergejala.
* 44 disaring, 6 positif.

6. KLUSTER DELIMA
* Melibatkan daerah Titiwangsa, Kuala Lumpur serta Gombak dan Hulu Langat, Selangor.
* Kes dilapor positif pada 14 Disember hasil saringan individu bergejala.
* 51 disaring, 9 positif.

7. KLUSTER J BANDAR
* Melibatkan Labuan.
* Kes dilapor positif pada 16 Disember hasil saringan tempat kerja.
* 84 disaring, 25 positif.

8. KLUSTER MAY INDAH
* Melibatkan beberapa kawasan di Pulau Pinang.
* Kes dilapor positif pada 10 Disember hasil saringan tempat kerja.
* 132 disaring, 27 positif.