KUALA LUMPUR:Tiga kluster pula diisytiharkan tamat iaitu Kluster Palma, Kluster Merpati dan Kluster Makekar dan menjadikan jumlah kluster yang telah tamat adalah sebanyak 201 kluster.

Jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 187 kluster dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 49 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

Berikut lima perkara penting kenyataan media KKM pada 6 Disember, 2020:

1) Sebanyak 1,335 kes positif baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 72,694 kes.

2) Sebanyak 1,069 kes sembuh menjadikan jumlah kumultaif sembuh adalah 61,273 kes

3) 2 kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 382 kes

4) Tiga kluster baharu dikenal pasti iaitu Kluster Ceram, Kluster Pulau Berhala dan Kluster Jalan Tampoi

5) Negeri-negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 515 kes (38.6 peratus).

BACA: COVID-19: 1,335 kes baharu, 2 kematian dan 3 kluster baharu