KUALA LUMPUR:Tiga lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berikut merupakan tumpuan utama sidang media harian beliau pada hari ini, 28 Disember 2020.

1. Kes harian baharu sebanyak 1,594 kes. Tiga daripadanya kes import.

2. Jumlah kes positif kumulatif ialah 106,690 kes.

3. Tiga kes kematian baharu dicatatkan, menjadikan kes kumulatif kematian kepada 455.

4. Kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 116 kes dengan 53 kes perlukan bantuan alat pernafasan.

5. Lima kluster baharu dikesan hari ini membabitkan Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Kelantan.

COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)