Kes positif COVID-19 kekal satu angka dengan enam kes baharu dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari, Ahad.

Berikut merupakan lima perkara penting dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media hari ini:

1) Enam kes baharu positif COVID-19 dicatatkan, tiga daripadanya jangkitan dalam negara.

2) Jumlah kematian kekal 128 kes, tiada kematian baharu.

3) Pertambahan dua kes melibatkan Kluster Benteng LD di Sabah.

4) Dua kes pulih dicatatkan menjadikan 9,115 kes telah pulih sepenuhnya, bersamaan 97 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

5) Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 154 kes.