KUALA TERENGGANU: Majlis keraian semasa sambutan Hari Raya Aidiladha secara sembunyi, aktiviti rentas daerah dan negeri menjadi antara punca peningkatan mendadak kes COVID-19 di negeri Terengganu.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kemasukan pekerja kontrak yang tidak disaring ke dalam negeri turut mewujudkan kluster baharu COVID-19.
"Berlaku peningkatan kes dari aktiviti-aktiviti perayaan Aidiladha yang tidak mengikut SOP, majlis keraian yang dijalankan secara sembunyi dalam masyarakat kita, termasuklah terdapat aktiviti merentas negeri dan daerah semasa perayaan walaupun ia tidak dibenarkan.
"Dan kemasukan pekerja kontrak warga asing dari luar Terengganu yang tidak disaring dan mencetuskan kluster antara mereka," katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di laman sosial Facebooknya.
Selain itu, saringan kontak rapat dan bersasar di beberapa lokaliti di beberapa daerah di Terengganu juga dilakukan selain wujud peningkatan kes bergejala yang disebabkan penularan yang cepat dalam komuniti.
Susulan itu, bagi menanganinya, Kerajaan Negeri menerusi pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu bersama penguat kuasa pelbagai agensi mengambil beberapa langkah termasuk meningkatkan aktiviti kawalan dengan meningkatkan saringan kontak rapat dan saringan di lokaliti berisiko yang telah dikenal pasti.
"Susulan aktiviti pengesanan ini, kita menjangkakan peningkatan kes dalam masa dua minggu akan datang," tambahnya.
Kerajaan negeri juga mahu proses vaksinasi di tempat kritikal atau kawasan yang mencatatkan kes COVID-19 yang tinggi untuk dipercepat dan dipertingkatkan.
Dalam masa sama, Kerajaan Negeri akan memohon penambahan vaksin COVID-19 terutamanya bagi daerah Kemaman dan Dungun.
Justeru, penduduk di Terengganu diingatkan agar tidak panik dan kekal bertenang serta mematuhi SOP yang ditetapkan.
Pada Sabtu, Terengganu merekodkan peningkatan mendadak kes harian baharu positif COVID-19 iaitu sebanyak 883 kes melibatkan 860 kes penularan tempatan, sekali gus mencatatkan angka tertinggi yang direkodkan sejak pandemik itu melanda.
Astro Awani
Sun Aug 01 2021
Majlis keraian yang dijalankan secara sembunyi oleh masyarakat merupakan antara faktor peningkatan mendadak kes positif COVID-19 di Terengganu, kata Ahmad Samsuri. -Facebook
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Ia turut didorong serangan tidak dijangka di beberapa wilayah Palestin oleh Hamas, selain kumpulan berkenaan mengumpulkan semula pasukannya di utara Gaza biarpun Israel sebelum ini, mendakwa ia sudah dinyahaktifkan di lokasi terbabit.
Malaysia, Uzbekistan boleh jalin perkongsian strategik bidang berkaitan kepentingan umat Islam
Kedua-dua negara majoriti Islam itu boleh bekerjasama sebagai pasukan yang kuat dalam pelbagai bidang yang mempunyai minat khusus umat Islam.
Kes COVID-19 Singapura naik hampir dua kali ganda
Untuk melindungi kapasiti katil hospital dan sebagai langkah berjaga-jaga, hospital awam diminta mengurangkan kes pembedahan elektif yang tidak mendesak dan memindahkan pesakit yang sesuai ke kemudahan penjagaan seperti Kemudahan Penjagaan Peralihan atau di rumah melalui Mobile Inpatient Care@Home.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam Adli
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan di Sarawak - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
AWANI Ringkas: Faisal Halim tunjuk perkembangan positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - PM Anwar
Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri D
PKPP: Rakyat masih kurang disiplin, kaji semula kebenaran anjur majlis keraian
Rafidah Hanim berkata, perkara itu dibimbangi akan mewujudkan kluster baharu dalam penularan jangkitan COVID-19.