KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 30 lagi kluster baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu dengan kluster tempat kerja masih merupakan yang tertinggi dengan 16 kluster.

Selain itu, tujuh kluster komuniti, empat kluster kumpulan berisiko tinggi, dua kluster Institut Pendidikan Swasta yang berdaftar dengan KPM dan satu kluster pusat tahanan turut dikenal pasti, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berikut adalah lima perkara penting kenyataan media beliau hari ini:

1. Sebanyak 17,352 kes baharu COVID-19 dikesan, jumlah kumulatif kini 1,862,187 kes.

2. Sarawak catat kes baharu paling tinggi dengan 3,714 kes.

3. Sebanyak 272 kematian baharu, jumlah kumulatif 18,491 kes.

4. Daripada 17,352 kes baharu, sebanyak 17,084 kes merupakan pesakit kategori 1 dan 2, di mana 11,250 atau 65.9 peratus tiada vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi.

5. Seramai 975 pesakit dimasukkan ke ICU, 435 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.