Malaysia dan Brunei Darussalam bekerjasama membawa rakyat kedua-dua negara itu yang terkandas pulang ke negara masing-masing, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaffar.
Kamaruddin berkata, seramai 84 rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir telah pun dibawa pulang menaiki pesawat sewaan khas kerajaan Brunei.
Menurut beliau, pesawat tersebut berlepas dari Kaherah dan tiba di Bandar Seri Begawan pada jam 9.08 pagi Ahad bersama warganegara Brunei yang turut terkandas di negara tersebut.
Pada masa sama, kerajaan Malaysia turut membantu usaha kerajaan Brunei bagi membawa pulang kira-kira 134 rakyatnya yang terkandas di Malaysia.
"Mereka telah dibawa pulang melalui pesawat Malaysia Airlines yang berlepas ke Lapangan Terbang Bandar Seri Begawan pada hari ini, 29 Mac 2020 jam 5:15 pagi tadi.
"Pesawat yang sama kemudiannya membawa 84 rakyat Malaysia yang baru tiba dari Mesir dan 25 rakyat Malaysia yang terkandas di Brunei untuk pulang ke Malaysia dan mereka telah selamat tiba di Kuala Lumpur pada jam 12:11 tengahari tadi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kamaruddin juga berkata, beliau mewakili Yang di-Pertuan Agong, kerajaan dan rakyat Malaysia, merafak sembah menjunjung kasih kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah atas perkenan kebenaran 84 rakyat Malaysia pulang menaiki pesawat yang dihantar oleh kerajaan Brunei itu.
Jelas beliau usaha ini tidak dapat tanpa kerjasama erat dua hala antara Malaysia dan Brunei Darussalam termasuk penglibatan beberapa pihak yang terlibat.
Astro Awani
Sun Mar 29 2020
Kamaruddin berkata, seramai 84 rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir telah pun dibawa pulang menaiki pesawat sewaan khas kerajaan Brunei. - Gambar fail/BERNAMA
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
Perdana Menteri rakam ucapan takziah kepada Sultan Brunei
Muhyiddin turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian Almarhum dan mendoakan Paduka Seri Baginda dan seluruh kerabat diraja sekalian serta rakyat Brunei tabah menghadapi detik yang mendukacitakan ini.
COVID-19: Malaysia, Brunei kerjasama bawa pulang rakyat terkandas di luar negara
84 rakyat malaysia yang terkandas di mesir telah dibawa pulang menaiki pesawat sewaan khas Kerajaan Negara Brunei Darussalam.
Royal Brunei Airlines bakal adakan penerbangan terus ke Kuching - Abang Johari
Dalam tempoh sebulan atau dua, Royal Brunei Airlines (RBA) akan menampilkan penerbangan dari empat kali seminggu antara Bandar Seri Begawan dan Kuching.
Kesederhanaan Brunei Darussalam bawa ketenangan
Kecil dan sederhana. Indah seadanya. Brunei Darussalam, sebuah negara yang aman pada pandangan dan rasa.
Perjanjian FTA perkhidmatan ASEAN-India ditandatangani Disember
Para pemimpin ASEAN dan India telah mengarahkan menteri-menteri yang terlibat supaya memuktamadkan perjanjian itu menjelang akhir tahun ini.