KUALA LUMPUR: Negara melaporkan 3,074 kes COVID-19 pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif jangkitan dalam negara mencapai 2,805,337 kes.

Jumlah kes mengikut negeri dikongsi di portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) COVIDNOW.

Menurut perkongsian data COVIDNOW, setakat semalam kadar kematian merekodkan pertambahan sebanyak 12 kematian.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 31,762 kes.

Unit rawatan rapi (ICU) setakat ini menempatkan seramai 193 pesakit dan daripada jumlah itu, 90 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala kes sembuh hari ini adalah sebanyak 2,828 kes sekali gus angka kumulatif sembuh ialah 2,732,771.

Sebahagian besar daripada jumlah kes baharu yang dicatatkan melibatkan pesakit kategori 1 dan 2, iaitu 3,044 kes atau 99 peratus.

Selebihnya merupakan pesakit kategori 3,4 dan 5 iaitu 30 kes, atau 1 peratus.

Sementara itu, jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir ialah 471 kes dengan tiada pertambahan kes baharu hari ini, manakala kes positif di pusat pemindahan sementara (PPS) pula kekal 15 kes.

Kluster COVID-19 di PPS pula ialah satu kluster, dengan tiada pertambahan kluster baharu hari ini.